Bismillahirrahmanirrahim..
zaman sekarang ramai orang mencari peluang bisnes online kan? asbab kos sara hidup yang tinggi, masing-masing struggle untuk cukupkan keperluan
walaupun begitu, masih ramai ragu-ragu nak mulakan bisnes walaupun kehidupan sangat menghimpit. Antara penyebabnya mungkin..
✔ tak ada modal
✔ takut rugi
✔ tak reti macamana nak mula
✔ tiada masa nak uruskan pengeposan barang
Sememangnya banyak sangat pilihan bisnes online yang ada di Malaysia ni. Akan tetapi hari ni MakAni nk share bisnes online yang MakAni sendiri dah buat sejak 12 tahun lepas. Iya, bisnes ini telah dijalankan sejak tahun 2011
jom baca kenapa MakAni pilih bisnes ini berbanding pelbagai bisnes lain . sesungguhnya bisnes ini menduduki carta "BISNES ONLINE TERBAIK DI MALAYSIA" bagi makAni. iaitu BISNES SHAKLEE :)
1. MODAL MINIMA
kebanyakan orang yang nak mulakan bisnes, tidak mempunyai modal yang banyak kan. ada sesetengah tu modal pun tak ada.
Bisnes Shaklee hanya memerlukan modal minima iaitu hanya perlu mendaftar sebagai ahli dan terus boleh mula berkongsi. Yuran pendaftaran ahli hanyalah RM35 sahaja seumur hidup.
itupun secara berkala Shaklee tawarkan promosi "keahlian percuma" dengan mana-mana belian. lagilah best kan, bayar harga produk, terus dapat produk dan jadi ahli PERCUMA :)
2. RISIKO RENDAH
ramai orang takut nak mulakan bisnes kerana takut rugi kan? dalam bisnes Shaklee, risiko kerugian sangatlah rendah atau hampir tiada. sebab apa? kerana kita tak keluarkan modal dahulu pun untuk produk. kita hanya uruskan pesana pelanggan melalui platform yang company dah sediakan. mudah kan?
3. TAK PERLU SIMPAN STOK DAN TAK PERLU POS BARANG
benar, tak perlu simpan stok di tangan. sebab HQ sediakan khidmat terus pos ke depan pintu rumah pelanggan anda!
4. ADA SUPPORT SYSTEM YANG KUAT
Yes! ini adalah antara sebab kenapa bisnes shaklee tersangat best. support system yang menyeluruh membantu kita menjalankan bisnes dengan lebih lancar dan mudah.
bukan sahaja dari syarikat, kita juga ada keluarga Shaklee yg sangat besar untuk jadi sumber rujukan dan sokongan dalam bisnes ini <3
5. TAWARAN INSENTIF YANG MENARIK DARI SYARIKAT
selain untung runcit, syarikat juga tawarkan 3 jenis insentif yang sangat menarik!!
ia merangkumi bonus tunai, bonus kereta dan juga bonus percutian. best kan?
buat je bisnes macam orang lain, tapi on top of that hujung2 dapat lagi reward dari company
6. BOLEH BUAT BISNES DI MANA SAHAJA
Walaupun kita sedang bercuti, sedang menunaikan umrah mahupun haji, sedang tidak sihat atau apa-apa jua keadaan, kita tetap boleh terus menjalankan bisnes ini as long as ada capaian internet. kan mudah tu :)
7. PRODUK YANG BERKUALITI DAN BERKESAN
ni satu lagi "faktor penambah" untuk bisnes shaklee. kerana PRODUKnya yang diyakini.
setiap produk shaklee dihasilkan setelah kajian demi kajian untuk memastikan ianya dapat diserap oleh tubuh manusia dengan berkesan dan selamat.
facebook : Ani Ahmad
No comments:
Post a Comment