Tuesday, August 6, 2019

@ Resepi ChocoJar Bubble rice

Assalamualaikum. Bertahun2 blog sunyi kan. Malas la nk buat post comeback. Kang tak jadi, malu. Hahaha
Post je la.. 🤭🤭

Ok 2-3 hari lagi.. birthday si bongsu Adib dgn si sulung kakak Amna. Hajat di hati nak buat buat la small celebration utk adib dgn kawan2 di taska sebelum cuti raya. Utk kakak nanti naik cuti lah inshaAllah.

Tahun ni, kek mama nak beli je lah. Senang kerja. Cuma berhajat nk buat goodies bag la skit. Jadi plannya.. nak letak bubble rice.. agar2 dan nabati la kot. 

So.. tepek sini resepi chocojar bubblerice deh. Hasilnya nnt jadi ke tak jadi.. kita tepek kemudian🤭


Resepi chocojar bubble rice

✔️ Bubble Rice
✔ Coklat beryl's milk compound
✔ Minyak masak 200ml utk 1kg coklat

Cara cara :

1) Bakar bubble rice 120c selama 10 minit atau lebih kurang.. Rasa rasa dah rangup. Kalau takde oven, sangai atas kuali pun boleh

2) Coklat cairkan dgn cara double boiled supaya tak hangit. Lepas dah cair, tuang minyak. Sukatan minyak, 100g coklat milk kompaun bersamaan 20ml minyak. 

3) Biarkan coklat sejuk baru tuang atas bubble rice. Mcm sis buat malam, esok pagi baru tuang. Memang cantik terletak.

*Kalau tuang panas panas, nanti lemau.

Boleh tahan 3 minggu. Selamat mencuba 😋

Bubble rice boleh beli kat kedai bakery
Next
This is the most recent post.
Older Post