Showing posts with label zinc. Show all posts
Showing posts with label zinc. Show all posts

Monday, August 31, 2015

Cadangan Set Kesuburan Untuk Para Suami

Assalamualaikum w.b.t

Bila berbicara soal kesuburan, result adalah hak ALlah. Sebagai hamba, hak yang wajib kita tunaikan untuk diri ada - Usaha :)

Antara ikhtiar yag boleh dicuba, mengamalkan pengambilan makanan tambahan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti penghasilan 'benih' 

 Produk shaklee yang biasanya dicadangkan untuk tujuan ini adalah

Vitamin E

Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Salman Azhar yang diterbitkan di "The Encyclopedia of Vitamin E" mengatakan kekurangan Vit E boleh menyumbang kepada kerosakan kantung zakar. Ianya akan menghalang rembesan hormonyang diperlukan untuk penghasilan sperma.

 Vitamin E juga dikatakan memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti (bentuk) dan pergerakan (motility) sperma
sumber


Rajah menunjukkan perbezaan sperma sihat dan sebaliknya








 Zinc

Kajian menunjukkan zinc memainkan peranan penting dalam menentukan kuantiti sperma yang dihasilkan oleh seseorang lelaki. 
sumber


 fuhh berpeluh hakak mengarang artikel ilmiah giteww. pendek kata, nak mudah faham, vit e tu menyumbang kepada kualiti sperma tu yakni bentuk dia, pendek ke panjang ke. yg sihat tu panjang supaya dia boleh berenang laju. Dan juga menyumbang kepada pergeraakan, kalau tak cukup vitamin E ibaratnya dia tak fokus, asyik nak melencong je akibatnya tak sampai kat sasaran. haha. paham?

yang zinc ni plak, kalau kurang zinc, sperm yg dihasilkan sikit je, bila sikit chances tu makin kurang la kan. hehe


cuba bayangkan kalau kedua-dua nutrien penting ni kurang, dah la sikit je peserta, pastu semua tak sihat, pendek2,bergulung2,  pastu tak fokus pulak, orang suruh pergi ke sasaran yang lurus, dia asyik melelong je.. mana la nk bertemu dengan si ovum tu kan kan? haha

paham? tak paham tanya hakak okeh?
013.518.8860

 

Sunday, March 18, 2012

Set Berpantang @ Pembedahan

Tempoh berpantang 44 hari tu terasa saaangatla lama bagi ibu-ibu yang baru melahirkan, kerana pada waktu itu kita masih dalam keadaan kesakitan selepas melahirkan, sakit kesan luka jahitan, badan yang sangat lemah akibat kehilangan darah semasa proses kelahiran, emosi yang tidak stabil ditambah pula dengan ragam bayi yang lazimnya kerap menangis dan tidak mahu tidur malam, sememangnya amatlah memenatkan.

Sejak dari dahulu lagi, nenek moyang kita mengamalkan pemakanan jamu selepas bersalin yakni semasa tempoh berpantang. Sebenarnya apa tujuan jamu2 ini? Antaranya adalah untuk mempercepatkan kesan luka semasa bersalin, mengecutkan rahim yg mengembang semasa ibu mengandung, menambahkan tenaga bagi ibu2 yg baru melahirkan dan pelbagai lagi khasiat jamu yg telah kita sedia maklum.
 
Ada benarnya dgn pengambilan jamu2 ini sedikit sebanyak memberikan kesan seperti mana yang diperkatakan. Apa yg ada dalam jamu? sehingga mampu memberikan kesan sedemikian? sudah tentulah nutrien di dalam tumbuhan itu sendiri.. sebagai contoh, tumbuhan yang paling popular sekali di dalam arena pembuatan jamu: kacip fatimah.

buah pinggang kita akan bekerja keras untuk mengekstrak nutrien yg terdapat di dalam tumbuh-tumbuhan ini. Ini adalah kerana buah pinggang kita tidak kenal kacip fatimah, mas cotek, akar fatimah dan lain lain lagi, tetapi buah pinggang kita kenal Vitamin C, Zink, Vitamin B  ( sebagai contoh). 

Jadi, mengapa harus kita berikan tugas yg kompleks utk buah pinggang kita sedangkan kita ada pilihan yang lebih  mudah? jom bertukar ke set berpantang Shaklee.. 

bayi anda ada jaundis, tak de masalah..boleh terus makan set ini..
bayi anda ada G6PD, tak de masalah. juga boleh terus makan set ini.. 
tak kenal maka tak cinta, tak cuba mana nk datang cintanya?? hehee

jom tengok apa yg ada dlm set ini..


♥ B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.

♥ Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

♥ Multivitamin with Iron : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.

♥ Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

Supplements tambahan lain yang boleh diambil ialah Energizing Soy Protein dan Calcium-Magnesium with Vitamin-D (Shaklee OsteMatrix).

Kedua-dua ini boleh membantu mengurangkan risiko jaundice, memberi tenaga dan membantu melancarkan penyusuan susu ibu. Bagi yang menghadapi masalah sukar membuang air besar, boleh ambil Lecithin kerana ianya tidak mengganggu penyusuan bayi, serta melancarkan sistem penghadaman dengan cara yang lembut sekali.

Set ini terdapat dalam full pack dan turut disediakan dalam bentuk trial pack untuk penggunaan selama 40 hari.

Apa kepentingan mengambl vitamin-vitamin ini?
 1) Vitamin B Complex Dengan Asid Folik
  • B Complex bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan ibu berpantang. Ia juga berupaya membantu meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga. Justeru, ibu-ibu akan merasa lebih bertenaga dan kurang letih. Vitamin ini juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya B for Beauty.
2) Vitalea / Multivitamin Dengan Zat Besi
  • Sangat penting diambil oleh ibu berpantang kerana vitalea membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakkan makanan perlu dielakkan semasa berpantang (pantang makan). Zat besi pula sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran. Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini, akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.
3) Vitamin C
  • Sangat penting untuk penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin. Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee menyamai 7 biji setengah kita makan buah oren. Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikkan kulit.
4) Zink
Sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan. Agak sukar untuk memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal. Justeru, pengambilan zink setiap hari adalah pilihan yang tepat bagi ibu berpantang. Zink juga membantu mengatasi masalah ‘kedinginan’ selepas bersalin, dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum


Untuk maklumat lanjut anda boleh berhubung dengan saya melalui 
Email
 Yahoo : aniahmad_peace[@]yahoo.com 
Gmail : mama.amna[@]gmail.com 
Call/SMS/Whatsapp : 013-518 8860 
Terima Kaseh.. ^_^ 

* These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.