Showing posts with label berpantang. Show all posts
Showing posts with label berpantang. Show all posts

Saturday, September 5, 2015

Jangan Tidur Selagi...

Assalamualaikum

kisah beberapa hari lepas. baru nk share.hihi
selalu dengar kisah orang sembelit ataupun susah nk membuang masa mengandung dan pantang kan?
hakak pernah rasa masa anak pertama dan kedua dulu. memang serik! fuhhh

tapi sejak lepas pantang, mula kenal benda alah yg magik dan banyak membantu dalam hal pembuangan ni, hakak memang tak tinggal dia. teman sejati giteww ^_^

alkisah 2 ke 3 hari lepas tidurkan baby dulu hajat nak bangun untuk supper. ye la ibu menyusu kan cepat lapaq. makannnn je kejenya. complete 5kali sehari tau. hehe

sekaliiii dengan hakak terlelap. sedar2 dalam pkul 2 cmtu kot, malas la nk bangun ke dapur. jadinya malam tu terskip la buah hati hakak si ostematrik itu.

maka keesokkan harinya, hmm hmm hmmm.. hazabanar nak membuang. rasa nak nangis! huwaaaa

tobat dah nak tidur selagi belum telan at least 4biji tablet putih ni. kiikiki


sila tumpukan perhatian kepada word lawas tu ye. penting tu! 


ok, selain bab lawas, bab gigi tak luruh tu memang hakak alami sendiri. lepas bersalin umar ( anak kedua) asyik la terserpih gigi nak2 kalau tengah mengunyah benda yg keras sikit. macam kacang ke. horor ok.

ye la kan, badan orang pompuan ni, masa mengandung, baby amik keperluan kalsium dari tubuh ibu. jadi sangat2 lah penting si ibu amik makanan yang tinggi kalsium untuk menampung keperluan kalsium tubuh ibu dan anak yang dikandung tu. 

lepas konsisten dengan ostematrix ni, tak ada dah episod2 horor gigi terserpih semasa mengunyah.haha


nak kongsi la sikit review pengguna yang si tablet putih ni dah selesaikan masalah mereka dengan izin Allah :)





jika ia dah membantu beribu orang menyelesaikan masalah mereka, why not kita cuba kan? ;)

----------------------------------------------------------
INFO & ORDER
 Ani Ahmad
 013.518.8860
ani-ahmad.blogspot.com
----------------------------------------------------------

Monday, August 24, 2015

Breakfast like a king


Bangun pagi ni hakak lapar tahap gaban. Ibu menyusu memang cepat lapar dan asyik laparrr je. Hihi

Pagi2 ni nak bertungku, terus makan berat kang tak sesuai plak nak berthngku kan.

Jadi hakak bancuh Esp je la seround. Alas perut yang dah bergendang irama macam2 ^_^


Terliur hokey tgk strawberi tu. aummmmm


Selamat kembali bekerja buat yang bekerja. Jangan blues2 tau.kikiki

Selamat menguruskan rumahtangga buat stay-at-home-mom mahupun work-at-home-mom semua

Till then. Babai :)

Set Berpantang Terbaik Pernah Hakak Cuba



Assalamualaikum
Masa anak sulung, hakak beli set bersalin hpa, complete set. Masa ngandung pulak hakak amal salindah. 

Bukan nk kata tak bagus, sebab tak konsisten kot. Makan dan guna tak habis pn. Hehe. So kesan tu tak rasa sangat.

Lepas bersalin anak kedua, hakak dok pulun buat stok susu untuk umar sebelum naik kerja. Oleh kerana terdesak kot, memang konsisten dan disiplin you makan supplement shaklee ni. 

Dan alhamdulillah memang susu mencurah curah dan badan pn rasa lain sangat compare lepas bersalin anak sulung

Since itu hakak memang amalkan shaklee dalam hidup. Sampai mengandung-bersalin-berpantang anak ketiga dan keempat. 

Kalau hakak cerita kang macam nk promote produk yang hakak jual plak kan. Tp memang nak promote pn.kuikui

Benda bagus tak baik simpan sorang2 :p

So malam ni hakak nak share la antara ribuan review pengguna set berpantang @ set bersalin shaklee ni ye. Kalau korang tengah mencari set bersalinmolek sangat la cuba ni. Boleh mula amik dr mengandung lg dah, nanti pas bersalin continue aje.hehe




Best kan? Part sembelit tu memang akk setuju kuasa 2.6billion. Lancarr membuang, idok la seriau seriau nak masuk jamban >_<

Malas cakap banyan dah aiii. Tak caya try test tengok dulu na ;)

Untuk info dan order jangan memalu whatsapp @ telegram @ sms hakak yo?
>>013.518.8860<<

Saturday, August 22, 2015

Berpantang sendiri

Assalamualaikum

Ramai yg hairan hakak dh start masak, walau dalam pantang. Hihi

Hakak berpantang sendiri je. Tak de orang jaga, jadi jagalah diri sendiri aje. Hehe. Masak pn simple2 je. Mana yg mampu buat hakak buat. Basuh baju, mesin basuhkan. Sidai baju en suami sidaikan. 

Part memasak, kena buat sendiri sebab en suami kerja. Seriously tak de la senanggg sangat berpantang sendiri ni. Sangat mencabar, terutama part kawal emosi.

Nak2 dgn kakak dan abang2 baby ni. Baby tu x de masalah sgt. Kenyang dia lena la. Hihi

Alhamdulillah part kelesuan ke ketidak bermayaan ke, hakak xde masalah. Since sebelum ngndung mmg amal supplemen shaklee, mmg badan rasa cergas dan segarrr :)


Tu part supplement la. Hakak mmg tak amik jamu. Tugas jamu dh diambil alih oleh alfalfa tu dah. Hehe. InshaAllah

Tapi part mandi daun2, bertungku, minyak panas, jaga pemakanan memang buat la. Kang sakit sendiri menanggung jugak :D

Cumanya idok la baringg, rehatt je macam anak sulung dulu. Time baby tdo kena laju2 buat kerja. Hehe

Alhamdulillah supplement shaklee mmg sgt2 membantu hakak kekal cergas, segar seawal 24jam selepas melahirkan πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼

Kalau minat nk cuba ke, nak tnya2 ke jgn malu2 contact akk ye? ;)

Nnt hakak share review2 pengguna yg dah berpuas hati dgn set mengandung, berpantang then continue terus set menyusu. InshaAllah

Till then. Babai 

Monday, August 17, 2015

Review Bersalin di Hospital Kemaman

Assalamualaikum

Anak pertama bersalin di Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah
anak kedua sampai yg ke empat ni semua di Hospital Kemaman, Terengganu

asalnya plan nk bersalin di Hospital Keluarga, Kuala Terengganu. atas faktor boleh bawak anak2 sekali sementara menunggu selamat melahirkan. ye la, tak ada sape nak jaga budak2 ni. hehe

tapi oleh kerana kekangan masa tak sempat nak pergi check up masa perut 7bulan dan register ( masa tu abah budak2 ni outstation ke Gurun, Kedah selama 2 bulan) makanya terpaksala melupakan hasrat itu dan tawakkal je mudah2an proses melahirkan sekejap dan tak memerlukan budak2 ni ditinggalkan lama-lama

alhamdulillah, Allah permudahkan sungguh2 T_T

ok back to tajuk

2anak sebelum ni mmg bersalin kt hospital kemaman pn, servis bg den ok la. tak leh la nk expect dilayan bak permaisuri dah nama pn hospital kerajaan kan. hehe

tapi alhamdulillah nurse, doktor, midwife semua ok sgt. tak jumpa la yg laser2 ke apa ke. semua menjalankan tugas dengan penuh kasih sayang dan dedikasi giteww

apa yang den nk highlite kt sini adalah kekaguman terhadap kemudahan SELUAR BERSALIN ala mamapride. sat nk gugel gambaq :p

Image result for seluar bersalin mama pride 

ha seluar tu ala2 gini la. dalam menahan dan menelan kesakitan nak bersalin tu, datang nurse offer 'puan, puan nak pakai tak seluar ni? buka bahagian yg diperlukan sahaja. bla.. bla.. bla.. '( dia terangkan la pasal seluar ni) 

dalam hati, waaa bagusnya. terus la den setuju utk pakai sebab sebelum bersalin hari tu mmg ada hajat nk beli tp entah kenapa tak terbeli-beli. hihi

lepas bersalin, depa lap2 sikit je baby, terus letak atas badan dan biar selama sejam lebih jugak kot. kalau sebelum ni, depa letak kejap je, terus amik g bersihkan. ni sempat la menyusu 2-3round baru dibersihkan. 

pendapat peribadi, den terkagum la jugak.  byk yg dh improve since den bersalin ahmad ammar hari tu. bagusssss sgt!  den  bg 5 bintang! hihi

cumanya, hospital kerajaan, wad dok ramai2 kan. aurat kena jaga betul2 nak2 time melawat. tu je la. aurat, kt mana2 pn kena jaga, ye tak?

ok tu je nk citer. babai

 

Thursday, August 13, 2015

Kelahiran paling tenang dan sempoi

Assalamualaikum

Anak dah 4. Kali ni baru nak tulis entry kelahiran. 3 anak sebelum ni tak sampai seru kot naa. Hehe

Anak ke 4 ni EDD pada 16 ogos 2015. Since due pada ogos, berharaplah juga lahir pada tarikh sama besday kakaknya yakni 9ogos. Tapi doa je la. Tak ada la sampai tahap kalau tak kluar tarikh tu, nak suruh doktor paksa ke apa :p

8ogos2015
Teringin nak makan samprit dh lama. Tp tak terrealisasi sebelum raya tu. bahan semua dh beli tp x sempat buat. Hihi

Sesudah solat subuh, gigih la mengadun dan menekan samprit di pagi hari :D

Setel menyamprit lebih kurang pkul 8 lebih cmtu. Tengok2 ada blood show. Berdebar + excited. Dalam hati terdetik, ada can tarikh lahir sama kakak ni. Hehe

Dh ada show tu baru tercungap2 packing beg ke hospital. Punya la rileksssss kannnnn

Sepanjang hari menanti2 rasa sakit. Tapi tak de pn. Malam tidur macam biasa, dalam pkul 1 pagi macamth terjaga sebab rasa memulas. Rasa tu lebih kepada nak membuang je. Bukan sakit nak bersalin pun. Diri sendiri pun confius nak bersalin ke apa ni.hehe

Memandangkan kami bercadang untuk melahirkan di Hospital Kemaman, yg perjalanan ke hospital lebih kurang sejam jugak, sebagai langkah berjaga2, ajak je en.suami ke hospital di hening pagi tu.

Tapi sampai ke hospital, tak sakitlah pulak. Tak kan la nk serah diri kan. Ohhh nehiii!! Maka setelah berbincang kami decide untuk tidur dalam kereta. Kot2 nnt sakit datang boleh terus "check in" je

Kelipop kelipop sampai la kedengaran azan subuh, kami solat kt musolla dalam hospital. Lepas solat dok confius nk balik ke nk tunggu lagi sakit tu datang. Hati berat rasa nak balik sebab amna umar sekolah, ammar minta tolong maksu hntr umah makcik sementara tunggu abah balik dr hospital. Nak dijadikan cerita, maksu dah kelam kabut kt rumah dengan kunci tak jumpa. Lagiiii la rasa nak balik. Then decide balik rumah dulu. Nnt dah sakit datang balik. Hihi

Baruu je reverse kereta nk kluar dr pagar hospital, tetiba sakit memulas2 perut. Drama betul kann. Then terus check in, check dah 5cm, terus masuk labor room. Dalam sejam cmtu selamatlah melahirkan. 

Alhamdulillah.maka selamatlah melahirkan anak ke 4, lelaki,  Paling kecil antara kakak abang. 3.395kg je. Intact, alhamdulillah πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼


Bila kenang2 balik rasa kelakar. Rilkes sgt mak oii. Sehari sebelum bersalin baru packing beg hospital. Jgn tiru naaa πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Till then. Jumpa lagi. Doakan ahkak konsisten update blog ya! Hehe