Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Sunday, September 27, 2015

Resepi Brownies Kedut Simple

Biasa hakak buat brownies guna resepi ambil di blog azlita masam manis. Kali ni cuba guna resepi yg lintas di wall beberapa hari lepas. Tapi telah diubahsuai ikut bahan yg ada di dapur hakak pada ketika itu

Resepi ni SESUAI UTK ORG YANG MALAS NK BASUH BEKAS BANYAK2. Muahaha
Sebab resepi ni x perlukan kita cairkan coklat + butter dahulu. Semuanya kacau terus periuk ikut step. Hakak suka! 

Menjadi dan sedapp

BROWNIES KEDUT CHEWY FUDGY VERSI HAKAK ANI

Bahan A
100g butter pada suhu bilik ( hakak guna butter anchor)
100gram gula biasa ( hakak guna brown sugar organic)
90gram gula perang ( pun hakak guna brown sugar organic)
2biji Telur gred A 

Bahan B
130gram semisweet choc bar ( hakak guna brand Beryls)
Potong kecik2 supaya cepat cair

Secubit nescafe ( kt umah ni ada plak tersesat nescafe stick mak hakak bawak balik dr hotel rasanya.muahaha)

Bahan C
100gram tepung gandum
40gram serbuk koko
(Ayak 2 ni letak tepi)
Secubit garam

Guna periuk yg tebal sikit utk haba yg sekata. Hakak guna kuali je 

Cara2nya
Masak bahan A KECUALI TELUR atas api sederhana sampai butter cair dan agak likat. Kacau selalu utk elakkan gula jadi caramelize. Tutup api. Agak2 dlm 2-3minit lepas tutup api, masukkan telur. Kacau dgn whisk utk bg sekata

Masukkan bahan B sampai semua coklat mencair. Kalau lambat sangat cair, letak atas api jap. Haha. Tutup api balik

Masukkan bahan C kacau sekata. Boleh dh prepare loyang. Hakak guna loyang 7x7 bakar suhu 160darjah selama 25minit bergantung kepada oven masing2

Boleh tabur walnut ke almond ke choc chip ke kt atas utk menambahkan lg ksedapan. 

Siap bakar, tggu sejuk dh boleh potong n ngap!

Wednesday, September 16, 2015

Sukaneka Pasti Annasihah

I'm Alkisah sabtu lepas. Sukaneka pasti tempat umar belajar hihi

Umar masuk tiup belon n pecahkan je

Abahnya cerita tiup tak besar2 belonnya.kikiki

Memang tak pandai tiup pn. Tak pe umar nanti mama train sampai pandai tiup belon tau! 

Layan gambar je k?




Eh? Tu je gambar? Mana gambar tiup belon? Hahaha

Harap amna je ambil gambar ni. Mesti masa umar tiup belon dia sibuk bersorak. Lupa amik gambar lettew.kikiki


Ok la. Till then. Babai :D



Monday, August 24, 2015

Marah itu mudah

Sabar itu indah
Tak sabar, telan la rasa bersalah

Alkisah semalam, amna terpecahkan pasu cenderahati perkahwinan sahabat dunia akhirat hakak,  Alin. 

Mamanya macam biasa, seringkali tewas menahan sabar. Terrrmarahh si anak

Lepas marah, rasa sangat2 teruk 😓😓😓😓😓

Bukan anak itu sengaja. Huhu

Lebih menambahkan rasa bersalah emak, bila amna tulis nota dan lekatkab di meja kerja mama 😭😭😭

Mama minta maaf, anak2 mama. Kerana sering kali tewas menahan diri 😭😭😭




Thursday, August 20, 2015

Kek Butter Sedap


Budak2 ni sejak mak dalam pantang asyikla laparrr memanjang. 

Nasi tak nak plak tu. ( mana la depa nk ada selera asyik kicap + telur je hari2. Tskkk)

Since berpantang memanglah maknya masak lauk yg maknya boleh makan sahaja la.kuikui


Butter dalam peti ada seketul lagi baki buat kuih raya hari tu dan asyiklah teringat ingat kek butter yg ditayang Jiha dlm group wassup hari tu. 

Maka dengan gigihnya mak tang pn membaking kek butter di hening maghrib setelah Adib tdoq dgn lenanya. Hehe

Sebelum payung gambar, hakak payung resepi dulu kay ^_^


KEK BUTTER SEDAP

Bahan-bahan :
- 225gram butter (boleh juga habiskan terus seketul butter yang 250 gram tu)
- 1/2 cawan gula
- 5 biji telur - hakak guna greb B je
- 3/4 cawan susu pekat
- 1/2 cawan susu segar
- 200 gram tepung gandum atau tepung naik sendiri
* kalau gunakan tepung gandum masukkan 1 sudu kecil baking powder
- 1/4 sudu kecil garam
* tak perlu masukkan kalau guna salted butter
- 1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Mula-mula, panaskan oven pada suhu 160 C selama 15 minit. Sambil-sambil tu, griskan loyang dengan butter dan letakkan ke tepi dulu. Ayak tepung gandum, baking powder dan garam beberapa kali supaya kek lebih halus dan gebu.

Pukul mentega dan gula sampai kembang dan putih. Lepas tu masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul sampai semua bahan sebati. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi. Kemudian masukkan tepung sikit-sikit... selang selikan dengan susu pekat dan susu segar. Gaulkan sampai betul-betul rata.

Masukkan adunan kek ke dalam loyang dan bakar di dalam oven selama 40 - 45 minit pada suhu 160 Celcius - *bergantung pada oven masing-masing.

Utk part hiasan atas (almond cincang + choc chip)
- bakar sekejap almond cincang sblm ditabur
- dah sejuk, mix dgn choc chip dan masukkan sesudu tepung gandum (utk elak drpd hiasan tu tenggelam) 
- Lepas tu baru tabur atas kek sblm ia dibakar.


Taraaaaa



Selamat mencuba ^_^

Tq Gha, share resepi best ni.muahciked 😘




Muhammad Adib Akmal dah botak



Hari ni Adib 11hari. Tali pusat dh jatuh since Day 3 hari tu. alhamdulillah

Kalah kakak n abang2. Hihi. Kakak n abang2 berbelas hari la jugak baru jatuh tali pusat. 

Selalunya day 7 dh cukurkan rambut pakej dgn daftarkan nama, tp since abah tengah projek sejak hari ke 3 hakak balik spital, maka tidaklah sempat abah mencukurnya.

Hari ni hari ke 11 dan sedang elok hari khamis, maka cepat2 la kami suami-ister bekerjasama membotakkan anakanda Adib ^_^






Sebelum, semasa, selepas ^_^

Mohon doakan anakanda Adib jadi anak soleh, faham agama, imam kepada orang2 mukmin dan harta akhirat mama dan abah ye. Terima kasih T_T ( lap ayaq mata)