Wednesday, June 14, 2023

PENGEDAR SHAKLEE PAKA

                                


 Jika diikutkan, pengedar shaklee yang berdaftar di seluruh Malaysia ini sangatlah ramai. 

ada yang mendaftar hanya untuk makan sendiri. ada yang mendaftar untuk makan dan jual produk. 

Secara asasnya, matlamat semua pengedar adalah sama, memudahkan pengguna shaklee untuk mendapatkan produk dan menggunakan dengan cari yang betul

Akan tetapi adalah penting untuk mencari atau dapatkan produk Shaklee dari pengedar yang aktif dan berpengetahuan dalam produk-produk Shaklee. kerana.. mereka yang akan bantu kita cara makan supplemen atau cara menggunakan produk dengan betul supaya dapat kesan yang optimum

Sebagai contoh, anda boleh pilih saya untuk dapatkan produk Shaklee anda ๐Ÿ˜‚ haa.. terus jual diri kau๐Ÿ˜‚


SIAPA SAYA

  • pengguna Shaklee since 2011
  • bermula sebagai pengguna dahulu baru menjadi pengedar aktif setelah dapat kesan positif, saya makan, saya jual. haa gitu
  • ada support group yang aktif untuk menjawab segala kemusykilan
  • ada rangkaian pengedar di dalam team yang bertebaran di seluruh Malaysia untuk memudahkan kalian mendapatkan produk dengan lebih cepat
  • dah guna semua produk shaklee - jadi korang boleh tanya je apa-apa jua soalan
  • aktif menyebarkan manfaat produk sejak 2011 sehingga kini
  • telah membina bisnes Shaklee sejak tahun 2011 sehingga kini
  • telah mencapai pangkat tertinggi dalam Shaklee sejak 2013 -  jadi korang akan dibimbing dalam bisnes ini start from zero. inshaAllah
rasa cukup lah setakat tu dulu jual diri sendiri ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

korang boleh je terus contact ani untuk info lanjut k?






klik link ini untuk terus ke pautan whatsapp saya ya!

see you.


#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

Tuesday, June 13, 2023

I AM THE SHAKLEE'S LIVING PROOF

 Gituh tajuk dia haa ๐Ÿ˜‚

Diam tak diam dah 12 tahun menjadi pengguna tegar produk Shaklee. bermula dengan setong ESP yang diambil sebagai ikhtiar untuk memperbanyakkan stok susu untuk anak kedua pada masa itu. 

Kalau nak cerita kesan-kesan produk kt diri ini, terlalu banyak. sampai tak tahu nak pilih yang mana

You name it!

bab penyusuan?

bab kehamilan? bab penyusuan semasa kehamilan? bab energy mak-mak yang anak rapat2? haa.. inshaAllah boleh share pengalaman dengan produk Shaklee yang ALlah izinkan serasi dan berkesan untuk diri ini๐Ÿ˜

Boleh dikatakan hampir semua lah produk shaklee dah diamalkan. dari supplemen, sampai ke skincare sampailah ke homecare. semua dah cuba. Tinggal lagi, yang mana paling konsisten atau tak je ๐Ÿ˜‚

Walau ada selori supplemen pun, tapi kalau tak konsisten, tiada maknanya. benda tu tak akan bagi manfaat kt kita selagi kita tak consume. Jadi, kalau ada antara korang yang baca ni, beli je supplemen tu tapi takmakan, baik lah g makan sekarang dan konsisten dengannya. ok?

inshaAllah akan dapat rasa kesan positifnya

orang panggil itu sebagai TESTIMONI. kan? 

nak citer pasal testimoni diri sendiri ni.. haihh banyak sangat sampai tak tau nak pilih. 

tapi saya share lah juga ya.. salah satu yang paling banyak beri kesan baik.

BATUK

MakAni adalah sejenis yg mudah sangat kena batuk. Dan sejenis yg batuk melarat-larat. Payah nak baik. Orang yg dah kenal dan biasa dgn makani hari2 tau la macamana teruknya batuk-ku itu. rasa nak pecah dada

Kalau dulu segala petua la buat. Uyou name it je, kicap dgn limau?, madu?, kunyah bawang putih?, kunyah cengkih? Ehhh banyak lg la petua. Semua buat. End up mmg layan je lah batuk sampai baik sendiri. Semua tak jalannn

Sampai la one day, discover yang omega ni dengan izin Allah buat kahak makAni terbit seketui masa batuk. Sorry kalau kotor ๐Ÿ˜‚

 Tp memang masa tu nak makan pn tak selera, dah asyik batuk ja kann. Pagi tu macam biasa amik omega 3biji, lepas sejam camtu batuk tak henti, batuk yg rasa mcm tak lawas. Mcm ada benda kt tekak. Batuk bersambung-sambung sampailah tiba2 toing kluar seketul ๐Ÿ˜‚

Pastu cuba la cari info kaitan omega 3 dgn batuk, then baru lah tahu rupanya omega 3 ni, dia bantu panaskan dan lapangkan atau kembangkan airways dan paru-paru. jadi kalau ada kahak yang tersekat tu inshaAllah membantu la kahak tu keluar

Jadi sejakitu, setiap kali batuk, mmg telan extra omega dan alhamdulillah. Cepat sangat baik batuk. 

Paling magic,  masa buat umrah tahun 2017, masa dah terbatuk-batuk..dalam 4 hari je dari start kena batuk sampai sembuh sepenuhnya.. pagi amik 6biji omega, ptg 6biji, alhamdulillah tak menderita lama2 terbatuk2 di tanah suci

so.. itulah dia cerita salah satu dari banyaknya testimoni diri sendiri untuk diceritakan buat kalian. 

tadi search juga kt fb, cerita-cerita ini yang saya dah pernah kongsikan di fb. jemput lah baca tangkap layar di bawah ya.

till then. terima kasih sudi baca sampai habis๐Ÿ’–

cerita 1



cerita 2

cerita 3

cerita dari MAKKAH



MANFAAT LAIN OMEGA


#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

Sunday, June 4, 2023

MULTIVITAMIN PERTAMA DI DUNIA SUDAH BERUSIA LEBIH 100 TAHUN

Pernah terfikir tak? dari mana datangnya perkataan VITAMIN?

haa..meh sini nak bagitahu..

perkataan VITAMIN adalah terhasil dari perkataan VITALIZED MINERALS yang dihasilkan oleh DR FORREST C SHAKLEE pada tahun 1915. 

Ia adalah multivitamin yang asalnya dinamakan dengan nama Shaklee Vitalized Mineral yang akhirnya di sebut VITA-MIN. 


artikel ini disiarkan di majalah i-sihat pada tahun 2013

setelah hampir 110 tahun sejak pertama kali diciptakan, formula dan "wajahnya" telah mengalami beberapa kali pertukaran. Sesuai peredaran zaman. 

Ya, Multivitamin Shaklee yang kini berwajah baru, memakai nama baru dan formulanya juga telah dipertingkatkan sesuai dengan situasi dan keperluan masyarakat di zaman sekarang



Apa keistimewaan Vita-lize berbanding multivitamin lain di pasaran?




Dengan izin ALlah, Vita-lize dapat membantu tubuh kita dengan manfaat seperti di bawah.



apa beza vita-lize dengan vita-lea iron plus yang terdahulu? haa.. boleh tengok kt bawah 



ok sekarang, jom tengok siapa yang perlukan vita-lized 



jika anda adalah salah seorang dari golongan di atas, jom dapatkan Vita-lized dari saya atau pengedar shaklee berdekatan anda. 
klik link ini untuk terus ke pautan whatsapp saya ya!

see you.


#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023




Saturday, June 3, 2023

Living Life to The Fullest

 Bismillahirrahimanirrahim..

Bila diminta menulis tentang kata-kata motivasi.. termenung panjang daku..

sebab sejenis tidak pandai memotivasikan orang lain.. 

cuma satu yang saya pegang. buat apa-apa, buatlah apa yang kita gembira. kita suka dan jangan sesekali bandingkan diri kita dengan orang lain. 

Setiap kita jalan cerita dan matlamat tak sama. Oleh itu, jadilah diri kita yang sebenar dalam apa-apa pun. True Self. 

Beberapa hari lepas ada terbaca lebih kurang la..isinya pasal "living life to the fullest"

Bacaan itu sangat melekat di hati saya sebab sangat kena. Sejak beberapa tahun lepas, seboleh mungkin, saya memaknai hidup sendir dgn maksud ini.

Sayang diri sendiri dulu, bagi masa untuk diri sendiri, buat yang terbaik untuk diri sendiri, tidak sesekali meletakkan perasaan kita di tempat kedua. 

Alhamdulillah, dengan izin Allah jua, hati ini terasa "full". biarpun adakalanya perjalanan hidup sehari-hari tidaklah lancar.. ada masa kita marah, kecewa dan sebagainya. tapi cepat pulih. kembali tenang dan boleh buat macam biasa. 

jadi hari ini, saya nk share ayat ini yang mungkin memberi kesan mendalam juga untuk kehidupan tuan puan

"Living Life to The Fullest"



Thursday, May 25, 2023

TIADA LAGI KEAHLIAN SEUMUR HIDUP

Dulu.. masa mula-mula join Shaklee sebagai pengguna, keahlian seumur hidup katanya

tapi since 2014 bila sistem online shaklee diperkenalkan, tiada lagi keahlian seumur hidup.

KENAPA?

sebab bila semua data diintegratedkan, kos untuk penyimpanan data itu terlalu tinggi. 

Jadi Shaklee kenalkan sistem renewal setahun sekali. 

Dengan cara ini, lebih mudah untuk Shaklee kenalpasti ahli yang masih hidup dan aktif.

Yes, dengar macam kelakar kan, tapi itu la hakikatnya. jika ahli itu dah lebih dari 12bulan tak buat apa-apa belian, sistem masih simpan data selama next 12 bulan. 

dalam ertikata lain. masih boleh renew membership dalam tempoh 12 bulan selepas membership expired.

selepas itu, data kita akan dihapuskan. 

AKAN TETAPI

untuk ahli yang mungkin setahun sekali membeli, contohnya beliau hanya suka Performance Drink sewaktu bulan puasa. jadi setahun sekali je akan buat belian. jangan risau.. keahlian itu sebenarnya PERCUMA

Bagaiman caranya? jom saya cerita macaman nak dapatkan RENEWAL MUDAH DAN PERCUMA DENGAN SHAKLEE


secara asasnya, renewal keahlian shaklee adalah PERCUMA dengan pembelian apa-apa produk. 

contoh kt bawah 


beli apa-apa je produk, hatta yang paling murah pun, terus dapat auto renewal

best kan?

KENA BUAT SENDIRI KE RENEWAL NI?
  • boleh buat secara online je di laman web shaklee
  • boleh walkin ke mana-mana branch untuk buat belian produk dan auto renew

tapi kalau korang berdaftar di bawah team saya, biasanya saya tolong je renewkan. benda mudah buat apa susah-susah ๐Ÿ˜‚

yang penting kena ingatlah MEMBERSHIP ID korang. kalau ada yang dah lupa, sila rujuk dengan upline korang ye..

ok dah, tu je nak share. terima kasih sudi baca sampai habis!

nak sembang2 pasal vitamin, nutrisi atau apa2 pasal shaklee, 

whatsapp ani ye : klik sini 

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023



DAPAT VITAMIN TERBAIK DENGAN PERCUMA!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Zaman sekarang ni, alhamdulillah dah ramai yang sedar kepentingan ambil supplement untuk melengkapkan nutrisi yang tubuh badan kita perlukan. 

Penting ke ambil supplemen? boleh baca sini ye >>> PERLU KE VITAMIN?

lama dah entry ni saya tulis, sejak mula-mula menjadikan amalan mengambil supplemen sebagai gaya hidup. tapi maafkanlah ayat BBNU masa tu ๐Ÿ˜‚ bila baca balik rasa nak tampar diri sendiri. hahha

since dah ramai ada kesedaran kepentingan supplemen, jadi setiap bulan kena ada peruntukan untuk beli vitamin kan? dulu pun saya berkira-kira.. tapi alhamdulillah sehingga ke hari ini, dah 12tahun saya makan supplemen secara PERCUMA ๐Ÿ˜

Jom saya share caranya!

1. JADI AHLI

kenapa kena jadi ahli? sebab kalau tak jadi ahli tak dapat lah nak menikmati kelebihan yang syarikat tawarkan kepada ahli. 

Harga produk pun berbeza. Rugi lah kan.. kat bawah contoh harga ahli vs harga bukan ahli

mengapa bayar lebih, kalau boleh dapat harga yang lebih rendah. tak gitu?


kan beza tu..


2. KONGSI KEBAIKAN PRODUK

ok lepas dah jadi ahli, untuk dapatkan vitamin secara percuma. kena buat satu benda, KONGSI kebaikan produk kepada orang lain. 

untuk apa? supaya lebih ramai lagi pengguna yang berdaftar dengan kita, seterusnya melayakkan kita untuk dapat cash rebate. Term paling popular orang guna adalah dapat BONUS. Lebih banyak belian kita pada bulan itu, maka akan lebih banyaklah cash rebate @ bonus yang kita akan terima. 


3. DAPAT CASH REBATE! 

next.. bila dah share-share tu.. dah ramai beli dr kita. kita dapat apa?

saya share jadual peratusan cash rebate yang ditawarkan oleh syarikat Shaklee, korangkalau tengok je ni rasa mungkin tak faham. boleh wasap saya kt bawah tu ye, untuk penjelasan lanjut ๐Ÿ˜€

lebih banyak buat belian, lebih banyak cash rebate yang akan diterima.

bila dah dapat bonus, ibaratnya kita dapat vitamin percuma la tu kan.. siap boleh buat macam-macam lagi dengan duit tu.. bukan dapat vitamin saja..


4. JOIN TEAM KAMI UNTUK LEBIH BANYAK TAWARAN MENARIK ๐Ÿ˜

Yes! join team kami untuk lebih banyak tawaran menarik. antaranya

  • Welcome pack 
untuk semua ahli baru, kami akan berikan welcome pack yang berisi sample product supaya kalian dapat cuba variety of product yang syarikat tawarkan. Bersama dengan flyers berkaitan
  • Renewal Gift Pack
Khas untuk ahli lama yang renew keahlian. dapat vitamin percuma! sebagai penghargaan kerana terus setia menjadi pengguna produk ๐Ÿ˜
  • Loyalty Program Gift Pack
ada syarat yang perlu dipatuhi untuk dapatkan tawaran yang ini, nama pun loyalty program kan. lagi lama loyal, hadiah lagi best!!
  • Lucky Draw
ini untuk semua ahli yang bernaung di bawah group kami. untuk setiap belian, korang layak sertai lucky draw yang hadiah dia MasyaAllah best sangat2 semuanya!

ok tu je saya nak share kali ini. terima kasih baca sampai habis!

ok boleh tekan link kt bawah untuk dapatkan info lebih lanjut

whatsapp : klik sini 

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

Wednesday, May 17, 2023

HELLO, NEW YOU!

Lepas raya ni, ramai betul cari set kurus shaklee. Sama rancak macam pergi open house sana sini๐Ÿ˜‚

Ada yang cari nak lawas membuang hari-hari.. ada yang cari pengganti hidangan sebab nak jimat kalori.. 

Jangan risau, Shaklee mmg ada solusi..

dah disediakan siap2 set HELLO, NEW YOU. siap dengan pelan pemakanan lagi

follow je.. yang betul2 follow inshaAllah pasti dapat result seperti diingini ๐Ÿ˜

Ok, jom kita tengok apa benda Hello, New You ni




“Hello New You” Shaklee adalah program yang mudah sangat nak follow yang menggabungkan produk-produk dengan nutrisi yang seimbang, pelan berpuasa yang fleksibel, pemakanan seimbang dan senaman untuk membantu anda menguruskan berat badan dengan berkesan. 

Disokong oleh sains dan dibuktikan oleh ramai orang, program ini membantu anda mencapai sasaran berat anda dengan bijak dan selamat serta mengekalkan berat badan yang ideal secara sihat selepas program.

Jika anda nak kuruskan dan kekalkan berat badan anda dengan berkesan, program ini sememangnya untuk anda!

 Pada penghujung program, anda akan diperkasakan untuk mengawal kesihatan anda sendiri. Bersedialah untuk berasa lebih ringan, mempunyai badan yang lebih terbentuk, lebih bertenaga, dan berasa hebat! Tampil Bagus dan Rasa Hebat! Program Shaklee “Hello New You” akan membantu anda:


kalau nak tahu, pelan Hello new you ni, menggabungkan program berpuasa secara berkala atau lebih dikenali dengan nama "intermitten fasting"  

Tempoh IF yang disarankan adalah antara 12-16jam. bergantung ketahanan seseorang individu. yang paling baik adalah 16jam berpuasa dan 8 jam fasa "eating"



Setelah berjam-jam kita berpuasa, "feed"  body kita dengan nutrien-nutrien yang diperlukan tubuh 


dannnnn....! tak perlu pening-pening dah fikir nak ambil produk apa, Shaklee dah sediakan set HEllo New You ni siap2 dah...



bulan ni, set ni ada promo kaw-kaw tau
Harga sebenar Set Hello New You ni adalah RM462.50 tak termasuk harga Cinch Vanilla yang diberikan secara percuma tu

Jadi, kalau grab set ni, dah jimat RM109.50!!

nak lagi best, kalau tambah harga Cinch Vanilla yang free tu,  penjimatan sehingga RM299.50!!

thennnn..

Bagi pembeli yang belum mendaftar sebagai ahli Shaklee yang sah, layak keahlian Shaklee secara percuma bernilai RM35 dan penghantaran percuma bernilai RM10.

Jadi, total penjimatan adalahRM344.50!

senang cakap promo set ni lebih kurang 50% DISKAUN uolss!!

jap jap.. sebelum nak tekan link untuk beli, mesti nak tengok result dulu kan. ok kita share ye.. 





ok now dah boleh tekan link kt bawah untuk dapatkan info lebih lanjut!!

whatsapp : klik sini 

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023













Tuesday, May 16, 2023

OPEN HOUSE HARI RAYA

Kalau sebut je raya, memang sinonim sangat lah dengan open house kan? zaman sekarang lah

dulu-dulu takde pun.. tak yah tunggu open house, kita pergi je ziarah mana-mana rumah untuk beraya..

tapi sekarang macam dah jadi budaya pulak

kalau orang tak buat open house, kita segan nak pergi beraya. which is secara peribadi saya rasa budaya yang tak patut ada

kena utamakan ziarah menziarahi untuk eratkan silaturrahim. tak perlu tunggu open house raya 

tapi tak salah pun kalau kita nak buat atau hadiri open house. cuma benda-benda yang tak sepatutnay berlaku mungkin kita boleh elakkan. 

terbaca di media sosial, ramai yang kata Open House adalah budaya yang tidak sihat dan suatu pembaziran

bila baca komen-komen, sebenarnya saya setuju juga. ramai yang suka ambil makanan banyak2 dalam pinggan, akhirnya tak habis makan dan ke tong sampah jawabnya


Jadi, saya bukanlah nak share tips atau petua atau sebagainya. hanya sebagai peringatan untuk diri sendiri supaya tak buat benda-benda yang tak sepatutnya sewaktu menghadiri open house

1) ambil makanan seminima yang boleh

biasanya makanan kt open house pelbagai pilihan. rambang mata jadinya kan. mesti nak rasa semua. jadi ambil sedikit dahulu. dah habis makan, baru ambil menu yang lain pula


2) habiskan satu-satu makanan, baru ambil menu lain jika masih lapar atau rasa nak tambah

kebiasaannya yang jadi membazir tu..sebab ambil banyak2.. lepas dh kenyang makan satu menu, menu yang lain tak larat nak makan dah, itu yang ke tong sampah jawabnya tu kan?


3) makan seperti masih ada hari esok 

jangan tamak! macam la kita tak pernah jumpa makanan tu kan. esok masih ada tuan puan, untuk terus makan kalaupun bukan di open house berkenaan ๐Ÿ˜‚


4) jangan berlama-lamaan 

kadang tempat duduk agak limited di open house, jadi kita habiskan makanan dan boleh la cepat2 bangun bangi orang lain pulak tempat untuk makan. common sense


hmm itu je kot bebelan malam sementara nak lelapkan mata 


semoga bermanfaat!



Terima kasih kerana sudi baca sampai habis


facebook : Ani Ahmad

instagram : ig Ani Ahmad

whatsapp : klik sini 



#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

Saturday, April 29, 2023

SELAMAT HARI RAYA!

 Bismillahirrahmanirrahim..

Selamat Hari Raya korang! untuk semua yang tetiba singgah sini. hehe.. 

walaupu hari ni dah raya ke8 dah pun ha.. belum terlambat kot nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. 



Rasanya ni kot kali pertama, raya-raya pun gigih tulis blog ๐Ÿ˜‚

Bila sebut raya terus terbayang ketupat rendang sila nikmati sayang! haa terus ternyanyi pulak. 

Raya dan makanan memang sangat sinonim kan? macam-macam jenis juadah raya tersedia. 

Kita pun sudah semestinya tak lepaskan peluang menikmati kesedapan berbagai-bagai juadah raya yang ada kt Malaysia ni kan..

Rugi la kalau tak makan..

Dalam pada tu..kena beringat jugaklah. Mat Salleh kata better safe than sorry. gituh
berpada-pada menikmati juadah raya sebab seperti yang kita tahu, makanan raya kt Malaysia ni kebanyakannya berlemak, bersantan, berminyak.. 

walaupun kita tahu tinggi kalori dan kolestrol. tetap juga kita ambil tapi berpada-pada lah ya. mudah-mudahan semuanya sihat-sihat sahaja sepanjang musim perayaan ini

ok makAni sebenarnya nk share tentang supplemen Shaklee yang time raya-raya ni mendapat permintaan yang tinggi. beserta dengan fungsinya sekali lah. 

Supaya yang belum tahu boleh ambil tahu, yang dah tahu boleh recall balik kot2 dah lupa. hehe..

ok produk hangat shaklee musim raya yg pertama..

HERBALAX!

Tak tahu la orang nak jadikan alasan untuk makan tanpa rasa bersalah ke apa. sebab herbalax ni, ambil malam sebelum tidur inshaAllah esoknya segala isi perut setel dalam mangkuk jamban๐Ÿ˜‚ lancarrr gituh. 




Supplement ke dua yang orang mencari sangat time raya adalah... 

OMEGA!

lepas dan makan juadah raya yang berlemak-lemak dan berminyak2 yang dah tentu tinggi kolestrol tu, jangan lupa amik 3 biji omega guard shaklee tau! inshaAllah ianya membantu menggalakkan kadar kolestrol yg sihat.. walaupun begitu, tetaplah kena beringat ingat ya.. makan dalam kuantiti yang berpada-pada.  Omega bukan 'lesen' nak makan tanpa had tau ๐Ÿ˜‚



ok nexttt.. adalah 

VITAMIN C!

Raya baru ni terasa sangat panasnya kan? bila cuaca terlampau panas, kita pulak travel balik kampung, ke sana ke sini beraya tanpa rehat yang cukup..adalah yang mula rasa perit tekak.. pening-pening.. ada yang dah mula demam dan menunjukkan simptom-simptom kurang sihat. 

jadi raya-raya ni paling kurang kena standy VITAMIN C. inshaAllah ianya bantu tubuh kita lawan virus dan kuman yang cuba hinggap. 

bila tubuh dah mula tunjukkan simptom-simptom tak sihat, boleh doublekan dosage pengambilan. biasanya MakAni buat camtulah. 
untuk kanak2 boleh ambil HERO KIDDO atau VITALEA for KIDS. 





ok rasanya itu je yang makAni nk share pasal vitamin raya. nak tau lebih lanjut roger-roger link di bawah ya?

facebook : Ani Ahmad

instagram : ig Ani Ahmad

whatsapp : klik sini 


Terima kasih kerana sudi baca sampai habis


#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023




Wednesday, April 26, 2023

5 INSENTIF SHAKLEE MALAYSIA YANG ANDA PATUT TAHU

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebenarnya termenung panjang juga nak menulis berkenaan tajuk ni. Tajuk yang agak berat untuk diluahkan menerusi penulisan. 

Bukan berapa sebab apa-apa, tapi risau orang yang membaca kurang faham atau tersalah faham. Tapi walaubagaimanapun makAni cuba juga lah untuk menulis untuk berkongsi dengan kalian yang singgah di sini. Orang kata benda baik tak baik simpan sorang-sorang kan๐Ÿ˜‚

makAni biasa jumpa orang yang keliru perkataan INTENSIF vs INSENTIF. cerita betul ni, bukan gurauan. hehe..

yang makAni nak share ni adalah INSENTIF iaiti sesuatu yang ditawarkan sebagai dorongan atau galakan. 

haa gituh. lebih kurang macam kita janjikan sesuatu untuk anak-anak kalau anak-anak buat sekian-sekian.

contoh : kalau puasa penuh, nanti mama bagi bla..bla.. bla

yang kita tawarkan itu dipanggil INSENTIF.

panjang mukadimah insentif punnn๐Ÿ˜‚

Jika kita orang yang berniaga sendiri, mungkin proses yang sama berulang-ulang
ada modal - berurusniaga- ada untung - simpan untung dan buat pusingan modal
betul?

Tapi jika berniaga dengan syarikat Shaklee, proses yang sama mungkin berlaku, tetapi Shaklee tawarkan lagi INSENTIF SHAKLEE MALAYSIA sebagai galakan dan dorongan untuk kita buat terpaling baik dan sehabis mampu

Disamping kita dapat UNTUNG RUNCIT untuk setiap produk yang kita jual sama macam perniagan lain, Shaklee tawarkan INSENTIF-INSENTIF berikut

  • BONUS TUNAI TAMBAHAN SETIAP BULAN
berbanding perniagaan biasa yang lainnya, berniaga bersama Shaklee sangat menarik kerana selain untung runcit yang terus masuk ke dalam poket selepas jualbeli sesuatu produk, setiap belian produk akan dikita "mata" untuk pembayaran BONUS BULANAN. 

Bila disebut bonus bulanan, iya benar. ianya dibayar sebulan sekali yang terus dikreditkan ke akaun pengedar Shaklee. Jumlah bonusnya pula bergantung kepada jualan personal dan jualan kumpulan. Bab pengiraan ni memang tak cukup kalau nak bagi penerangan di sini. makAni huraikan lebih lanjut di tiktok soon. nanti makAni update link di sini keh ๐Ÿ˜‰

makAni sertakan sekali statement dari team makAni yang telah diperolehi, kisah benar ya. bukan rekaan untuk menambah sedap cerita ๐Ÿ˜…





ni semua hanya secebis dari bukti-bukti hidup bonus tunai tambahan yang Shaklee bayar kepada pengedarnya. kita boleh pantau progress di laman sesawang je.. boleh join sini utk makAni explain lebih lanjut lagi tau



  • BONUS KERETA
selain bonus tunai tambahan, shaklee juga bayar bonus kereta. nak dapat bonus kereta ni, ada syarat-syarat yang kita kena penuhi, ala.. sama la mcm kita ckp kt anak kita " kalau buat sekian,sekian mama bagi... " kan ada syarat tu. sama la mcm kes ni ๐Ÿ˜‚

dan menariknya bonus kereta shaklee ni, tak diberi dalam bentuk sebuah kereta. Shaklee bayar TUNAI ya. nak beli kilang kereta pun boleh kalau kumpul2. haha
selain bonus kereta, ada banyak lagi bonus bonus lain yang shaklee tawarkan. tengok statement di bawah ya 

disclaimer : ini bukan makAni punya๐Ÿ˜‚

alhamdulillah, MakAni dah melepasi syarat untuk layak bonus kereta sejak 10 tahun lepas 

  • TRIP PERCUTIAN PERCUMA
selain itu, shaklee juga menawarkan trip percutian percuma ke destinasi-destinasi berbeza setiap tahun. yang ini pun sama juga, perlu melepasi semua syarat baru lah layak menikmatinya dengan gembira. 
alhamdulilah sejak 12 tahun lepas, makAni sudah pun menikmati percutian-percutian ini dengan penuh kesyukuran. ALhamdulillah, for this rizq, Ya ALlah ๐Ÿ’“

untuk rekod
2013 - trip regional ke KOTA KINABALU
2014 - trip international ke LONG BEACH DAN CALIFORNIA, USA
2015 - trip international ke ITALY
2016 - trip international ke ORLANDO, USA
2017 - regional trip Star Cruise PORT KLANG-LANGKAWI-PHUKET-PENANG
2018 - international trip UMRAH DAN ZIARAH TURKI
2019 - regional trip to PHUKET
2020 - 2021 cash in liue sebab COVID ๐Ÿ˜‚
2022 - international trip to SWITZERLAND
2023 - KOREA,insyaALlah

trip-trip yang makAni layak dapat, alhamdulillah beberapa antaranya pergi bersama ahli keluarga, ada yang hantar ibu mertua, hantar ibu menikmati trip2 berkenaan. best kan? bukan kita je dapat pergi, boleh juga gembirakan keluarga untuk mewakili kita pergi ๐Ÿ˜ dan semestinya lebih BEST sebab PERCUMA

  • INSENTIF BERKALA 
untuk insentif berkala ni, biasanya Shaklee akan tawarkan ganjaran-ganjaran menarik dalam tempoh tertentu. haa kalian yang singgah dan baca sampai sini, Shaklee tawarkan insentif ni utk korang tau. 

Shaklee menawarkan cash reward tambahan sebanyak RM600. 

Ini belum termasuk cash bonus dan untung runcit ya. Jika dijumlahkan cash bonus, untung runcit dan cash reward tambahan tersebut, jumlahnya boleh melebihi RM5000. sangat berbaloi kan? 

haa.. nak tau tak cmne nak dapat reward ni?

YANG PERTAMA KENA DAFTAR AHLI DULU. klik link sini untuk makAni guide

yuran pendaftaran RM35 sahaja atau PERCUMA DENGAN BELIAN SET RAHMAH BERHARGA RM99 SEPERTI DI BAWAH

klik link ya untuk makAni guide korang dapat reward best ni

  • PENGHARGAAN DAN PENGIKTIRAFAN PERINGKAT MALAYSIA DAN ANTARABANGSA

ok ni insentif yang lastttt sekali makAni nk cerita. ada sesetengah orang sangat sukakan penghargaan dan pengiktirafan kan. haaa kalau korang salah sorang darinya, ini mmg khas untuk anda. 

atas pencapaian-pencapaian yang kita dah capai dalam shaklee, saban tahun kita akan diraikan dengan majlis yang gilang gemilang. baik majlis di dalam negara mahupun luar negara. 

makAni share antara penghargaan yang shaklee pernah raikan ya. alhamdulillah for this rizq. semoga ALlah sentiasa memberkati jalan rezeki ini dan meluaskannya seluas luasnya.amiinn

izinkan makAni nak throwback kejap ya ๐Ÿ˜‚






kenangan di raikan di pentas LongBeach Convention Center, USA. alhamdulilillah๐Ÿ’“

Apa boleh buat kalau dapat extra income dari insentif Shaklee ni?


Kalau tanya MakAni, banyak benda boleh dibuat kalau dapat extra income dari insentif Shaklee ni. Antaranya seperti

✓ Boleh selesaikan bayar hutang

✓ Boleh buat simpanan tambahan untuk kecemasan, simpanan tetap

✓ Boleh belanja anak-anak, keluarga, suami lebih kerap

✓ Boleh buat modal pergi TRAVEL

✓ Boleh beli apa yang di kehendaki tanpa perlu meminta-minta dengan suami ๐Ÿ˜‚ perlu minta izin je lah haha

✓ Boleh lebih banyak berzakat, berinfaq pada mereka yang memerlukan

dan macam-macam lagi. 


Begitu juga dengan awak yang sedang membaca ni, macam-macam lagi awak boleh buat andai kata awak layak terima insentif Shaklee ini.


Jadi, jangan tangguh lagi, terutamanya kalian yang memang dah lama amalkan Shaklee. Mana tahu sebenarnya kalian ditakdirkan menjadi salah seorang pengedar Shaklee yang berbakat dan berkemahiran melakukan bisnes Shaklee. Tak cuba tak tahu, kan? Silap-silap haribulan, terus  boleh dapat semua insentif yang Shaklee tawarkan. Kalau korang baru nak cuba amalkan Shaklee atau sedang mencari-cari bisnes online yang flexible, sila klik link kat bawah untuk makAni bantu ya?


facebook : Ani Ahmad

instagram : ig Ani Ahmad

whatsapp : klik sini 


Terima kasih kerana sudi baca sampai habis


#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023