Tuesday, May 16, 2023

OPEN HOUSE HARI RAYA

Kalau sebut je raya, memang sinonim sangat lah dengan open house kan? zaman sekarang lah

dulu-dulu takde pun.. tak yah tunggu open house, kita pergi je ziarah mana-mana rumah untuk beraya..

tapi sekarang macam dah jadi budaya pulak

kalau orang tak buat open house, kita segan nak pergi beraya. which is secara peribadi saya rasa budaya yang tak patut ada

kena utamakan ziarah menziarahi untuk eratkan silaturrahim. tak perlu tunggu open house raya 

tapi tak salah pun kalau kita nak buat atau hadiri open house. cuma benda-benda yang tak sepatutnay berlaku mungkin kita boleh elakkan. 

terbaca di media sosial, ramai yang kata Open House adalah budaya yang tidak sihat dan suatu pembaziran

bila baca komen-komen, sebenarnya saya setuju juga. ramai yang suka ambil makanan banyak2 dalam pinggan, akhirnya tak habis makan dan ke tong sampah jawabnya


Jadi, saya bukanlah nak share tips atau petua atau sebagainya. hanya sebagai peringatan untuk diri sendiri supaya tak buat benda-benda yang tak sepatutnya sewaktu menghadiri open house

1) ambil makanan seminima yang boleh

biasanya makanan kt open house pelbagai pilihan. rambang mata jadinya kan. mesti nak rasa semua. jadi ambil sedikit dahulu. dah habis makan, baru ambil menu yang lain pula


2) habiskan satu-satu makanan, baru ambil menu lain jika masih lapar atau rasa nak tambah

kebiasaannya yang jadi membazir tu..sebab ambil banyak2.. lepas dh kenyang makan satu menu, menu yang lain tak larat nak makan dah, itu yang ke tong sampah jawabnya tu kan?


3) makan seperti masih ada hari esok 

jangan tamak! macam la kita tak pernah jumpa makanan tu kan. esok masih ada tuan puan, untuk terus makan kalaupun bukan di open house berkenaan 😂


4) jangan berlama-lamaan 

kadang tempat duduk agak limited di open house, jadi kita habiskan makanan dan boleh la cepat2 bangun bangi orang lain pulak tempat untuk makan. common sense


hmm itu je kot bebelan malam sementara nak lelapkan mata 


semoga bermanfaat!



Terima kasih kerana sudi baca sampai habis


facebook : Ani Ahmad

instagram : ig Ani Ahmad

whatsapp : klik sini 



#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

No comments: