Wednesday, September 9, 2015

Petua Hilang Batuk Pada Bayi dan Kanak2

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

sejak seminggu lepas kakak dan abang2 batuk berjemaah. mak risau jangkit ke baby.

selalu kalau depa ni batuk, mak bg makan omega guard je banyak2 dan nutriferon. inshaALlah kalau ada kahak pn cepat je cair kahak dan baik batuknya. hehe

tapiii..ini baby
cmne nk bg baby makan omega??

maknya la kena makan banyak2 kan. tapi maknya nak batuk tu hilang dengan kadar segera! kesian sgt aih tgk baby batuk.huwaaa

jom tengok apa lagi alternatif lain yang boleh ikhtiarkan!

1. Madu Asli
selama ni, madu asli memang ''ubat batuk' kami sefamily. jarang2 kami amik ubat batuk klinik mahupun farmasi. caranya adalah campurkan madu asli dengan perahan lemon atau limau nipis. pekat2. terus telan. jangan minum air selepas telan. bertahannnn.. bagi campuran tu lalu kt tekak dulu. inshaAllah beberapa kali buat ni, batuk akan baik.

the problem is, baby. cmne nk bg baby sebulan makan madu? huwaaaa again

2. Kunyit Hidup atau Bawang Putih
ok cara ni boleh try kat baby.

kunyit hidup tu, gosok kt mana2 permukaan kasar untuk dapatkan serbuk tu, campur dengan minyak masak then sapu kat dada baby.

bawang utih plak, bakar, tapi jangan sampai hangit. hancurkan dan cmpur dengan minyak juga sapu kt belakang badan dan dada baby.

3. Daun Kaduk
ok ini ilmu baru hakak dapat.hehe. nnt boleh try
ramas daun kaduk dengan kapur sirih. kapur makan la maksudnya. then sapu pada dada dan perut baby. katanya kahak akan keluar bersama najis

4.Kismis
ok ini applicable untuk kanak2 yang dah pandai kunyah. kunyah 21biji kismis setiap hari inshaALlah membantu batuk hilang. ni pn hakak tak pernah buat. nnt bolehla try

5.Daun Bunga Tahi Ayam
sama mcm daun kaduk tadi, ramas dengan kapur sirih sampai berlendir.sapu kat dada dan leher baby.
mana la nak cari pokok tahi ayam sini ek? nursery ada kot?

6. Gula Melaka
Baru tau gak ni. potong kecik2 dan bagi anak makan macam gula2. bagus untuk hilangkan batuk berkahak yang berpanjang pada kanak2. ok nnt kita try!

7. Pucuk  Ubi
ni pun sama dengan daun kaduk dan daun bunga tahi ayam tadi. ramas dengan air kapur sampai keluar lendir, sapu kat leher dada dan belakang badan.

sumber

ok tu antara ikhtiar guna bahan semualajadi yag boleh usahakan untuk baby. tapi biasanya hakak bagi omega guard je kat bebudak ni dan guna cara 1 tu je. so far memang sangat berkesan untuk kami sekeluarga. cumanya baby ni, tak boleh makan lagi, maka maknya kena cuba cara yang lain tu!

doakan baby Adib cepat sembuh ya!

Terima kasih! T_T




----------------------------------------------------------
INFO & ORDER 
Ani Ahmad
013.518.8860
ani-ahmad.blogspot.com
----------------------------------------------------------

No comments: