Thursday, August 27, 2015

Umrah Dengan Baby

Assalamualaikum

Walaupun dah lama hakak pergi umrah, sekarang baru nak post entry. tak kisah la kan. moga membantu la para ibu atau bapa yang mungkin tengah cari info pasal ni macam hakak tergugel2 masa nak pergi umrah dulu. kikikiki

ok akk pergi umrah dengan membawa bersama ketiga-tiga anak pada masa itu. Februari 2014. Ahmad Ammar masa tu baru 2bulan lebih. Umar - 3tahun , Amna - 5 tahun. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.

entry ni cerita pasal baby je tau. tak de la tips sangat pn. sebab main redah je hakak pn. kuikui

bila terlibat dengan baby je, ofkos banyak benda kena consider untuk distandby sebab ye la, baby buatnya dia nangis tak berenti bukannya dia reti cakap nak habaq apa yang tak kena. ye dak? so semua keperluan silalah list awal2 siap2. hehe

ahli rombongan. kami + mak :) berdebar2 masa ni
Antaranya 
  • Diapers
kat sana dengarnya mahal kalau nak beli. so hakak memang standby bawak banyak siap2. masa tu untuk amna dan umar pn hakak standby diapers kot2 emergency buatnya depa nk terkucil kt tempat yang susah nak cari tandas ke, tak ada tandas ke tak ke haru. hehe. seingat2 hakak 1 luggage tu memang semua letak diapers je. hihi

  • Pakaian
masa hakak sefamily pergi tu, masih musim sejuk. jadi standby la jugak sweater 2helai, stokin tebal, siap sarung tangan tau. kikiki. Since musim sejuk, hakak bawak semua baju lengan panjang je. 
baby - serba 9pasang
umar - seluar panjang 7helai
         -baju lengan panjang 7helai
amna -  jubah 2 helai
         - tshirt lengan panjang 7helai
         - seluar 7 helai
         - tudung 5 helai

ni je bag kami 5 beranak.. Luggage coklat tu letk diapers + makanan sahaja :D

  • Makanan
since masa tu baby tak makan lagi, hakak standby makanan untuk umar n amna je. sebab tak leh bayang lagi makanan kt sana macamana kan tapi hakak bawak biskut2 je. kot2 lapaq time bukan orang jamu makan, boleh bg depa makan biskut tu dulu.

  • Ubat-ubatan
Nama pun budak kan, perubahan cuaca, persekitaran pn boleh effect kesihatan. so standby la siap2 sebab semasa dok mengugel tu, baca time tu kt Mekah tengah giat pembinaan, habuk2 banyak dan ubat kt sana sangat mahal. hakak tak de bawak apa sangat. bawak panadol, minyak angin panas je. Hakak standby Performance Drink shaklee- untuk elak dehidrasi. ye lah kot kurang minum air ke apa kan. hakak bawak juga , Nutriferon shaklee - untuk upkan antibodi secara semulajadi. Vitamin C shaklee dan Garlic jugak . alhamdulillah la sepanjang kat sana semua sihat dan kuat :D

opss. kalau nak beli product2 tu boleh beli dengan hakak tau. sempattt tuu promoteee.kohkohkoh

  • Bantal & Toto nipis
haa siap highligt asing ni. kikiki. iye, jangan lupa tau. sebab nanti masa nak solat, selesa la sikit baby dok kt sebelah tu. hehe. 
bantal kecik. lapik dgn trench coat + kain batik je bagi dia tdo
  • Baby Carrier
 sangat2 membantu ketika bersesak nak masuk kluar masjid, masa ziarah, masa tawaf ke saei ke. sangat sangat sangattt membantu. hakak pakai ringsling je masa tu sebab baby kecik lg nk pakai ssc. tulang lembut lagi. hihi.

jumpsac ringsling

hmm bab kendong baby masa tawaf, saei. sebelum pergi tu ada la mintak pendapat beberapa orang ustaz dan mutawif sekali. sebab tanya pakcik gugel banyak sangat pendapat :D

sebagai kesimpulan dan apa yang hakak yakini, baby lelaki boleh kendong semasa tawaf dengan syarat dah dikhatankan, dibersihkan najis sebelum tawaf dan segerakan tawaf. 

jadinya sebelum tawaf tu, basuh dan tukar diapers siap2 terus selesaikan tawaf. 

ermm apa lagi ye nak cerita pasal baby. nanti kalau ada lagi teringat hakak update post ni kay. 

moga membantu buat sesiapa yang mencari :D

No comments: