Sunday, December 4, 2011

Aku dan SHAKLEE

Assalamua'laikum..

korang kenal shaklee? saya kenal shaklee sejak join KIM. ala..Kumpulan ibu2 menyusu kt facebook tuuuu.. saya join KIM sejak amna baru beberapa bulan. jumpa KIM ni masa dok cari pasal susu ibu since amna tak nyusu :'( (nyesal tak sudah..ampunkan aku ya Allah!)
 
berbalik pada tajuk, masa tu just 'kenal' shaklee..tak amik port sangat..yg tau shaklee ni sejenis supplement la..pastu masa ngandungkan umar, kawan sekolah lama dulu (kak erni) ada promo pasal shaklee, tanya la jugak kt dia sebab shaklee pn ada jual set utk preggy mom. tp harganya boleh tahan juga la..dalam hati 'mak ai mahalnya..' then saya abaikan macam tu je..

hari berganti hari..sampai la melahirkan umar, dalam pantang, menyusukan umar..mula buat stok ebm sebagai persediaan nak hantar umar ke nursery..

stok susu umar pada tarikh 19 ogos 2011

hasil gigih buat stok even tak laa hari-hari memerah masa dalam pantang. alhamdulillah :)
tapi..

ni stok sebelum balik cuti raya..korang nak tau apa jadi dengan semua stok ni?


ibarat mimpi ngeri, sebaik pulang dari cuti raya sakan (lebih kurang 2minggu) semua stok susu ini ROSAK!! kenapa?sebab blackout. rumah sewa saya ni memang ada masalah sikit. kadang2 hujan sikit pn letrik dah 'jentat' bak kata org kedah.

2-3 hari sebelum balik, saya ada tanya jiran, nampak lampu dapur nyala tak?dia cakap dh 2,3 hari tak nampak lampu dapur nyala. dalam hati dah risau, mesti letrik tendang ni..habisla susu umar.. :(

sesampainya kt umah terus terpa ke peti sejuk tgk susu umar..memang menangis sesungguh2nya kat situ jugak! :'(((((

dengan tempoh berbaki 2hari je lagi nak masuk kerja, saya bersungguh2 pam. semua petua saya try, semua makanan yg org cakap byk susu saya makan termasukla shaklee..

begitula al-kisahnya bagaimana saya kenal shaklee :) alhamdulillah, di sebalik musibah ada hikmahnya.mungkin Allah nak saya kenal shaklee..org cakap tak kenal maka tak cinta, dah kenal bertimpa-timpa jatuh cinta.ekekekeee..

yes, i'm in love with shaklee!!

kenapa, bagaimana dan mengapa???stay tune!! nanti sambung balik ;)

No comments: