Monday, September 7, 2015

Pelupa Selepas Bersalin


assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

bila nak tulis borang untuk shipment, tercari2 handphone nak tengok hari dan tarikh

selalu tergagau2 cari kunci rumah dan kunci kereta?

lupa handphone letak kat mana

pergi ke dapur dengan lajunya tapi bila dah sampai tergaru2 kepala nak buat apa sebenarnya?

pernah jadi gini tak? hahaha

hakak sedang mengalaminya sekarang.

paling kronik, lupa yang diri belum mandi! opsss! tak tau nak nangis ke nak gelak :D

kenapa ye?

ramai yang biasa cakap ' lepas bersalin biasa la tu, urat putus'

urat mana la yang putus tu kannn

tapi tak perlu risau ye ibu2, pelupa lepas bersalin ni NORMAL kata pakar.

baca kat sini

penyakit ni dinamakan mumnesia. 

siap dah ada kajian dah yang dijalankan dan menyenaraikan beberapa perkara yang mungkin jadi faktor peyakit ni

1. Perubahan hormon
paras hormon estrogen berubah secara mendadak dari paras yang sangat tinggi ketika hujung kehamilan kepada kosong selepas melahirkan. hormon estrogen ni bukan penting untuk kesuburan sahaja, tetapi juga sebagai neurtransmitter yang menghantar isyarat ke otak

2. Keutamaan ibu

selepas melahirkan, keutamaan ibu adalah bayi yang bari dilahirkan berbanding perkara perkara yang lain. ia adalah tindakbalas bawah sedar semulajadi seorang ibu. perkara2 lain yang bukan prioriti tak diaktifkan di dalam minda. 

3. Keletihan / kurang rehat
perkara biasa yang dilalui oleh setiap ibu yang baru melahirkan. siang mengantuk malam berjaga. kurang tidur menyebabkan keletihan dan keletihan akan menyebabkan kebolehan mengingat banyak perkara itu berkurang. 

sooo.. selepas baca ni tak perlu risau lagi ok? pelupa selepas bersalin tu NORMAL. hehe

nak tau makanan yang boleh diamalkan untuk elak jadi pelupa? boleh baca kat sini


baca tau! terima kasih sudi membaca :)

sampai jumpa lagi. bai


----------------------------------------------------------
INFO & ORDER 
Ani Ahmad
013.518.8860
ani-ahmad.blogspot.com
----------------------------------------------------------

2 comments:

halessa shahrom said...

gud job kak ani..compom ramai org klik nk baca pasal ni tp tertanya-tanya apa yg bole buat minda ni aktif balik...kuikuikui...jom telan omega sebotol sehari ;)

Ani Ahmad said...

hihii..jommm telan dgn botol2 sekli >_<