Monday, December 5, 2011

Rumah

Assalamualaikum w.b.t

kebelakangan ini saya memang selalu jenguk2 iklan rumah di mudah.my. memanglah berhajat sangat nak beli rumah sendiri. even tak berhajat nak duduk kt sini sampai pencen pun. eh?

ye la, sewa kat paka ni dah la mahal, rasa rugi je bayar sewa kat org gitu je..baikla bayar untuk rumah sendiri je kan? 

tapi tak dela bersungguh2 benor nak beli..just tgk gitu2 aje..sampaila 2malam lepas, tuan rumah yang kami menyewa sekarang datang umah, slow talk yang beliau dan keluarga berhajat nak duduk di rumah ini. alamak! memang kena cari rumah lain lah. area paka/kerteh ni dah la susah nak cari rumah sewa..agak menggelabah + stress la jugak. 

bila balik je tuan umah tu, terus buka mudah.my balik. cari-cari ada la 4-5 iklan yang shorlisted.  kol tuan punya nombor, 3 out of 5 yg shorlisted tu rumahnya sudah terjual. fine! tinggal 2 lagi rumah. yang satu rumah teres 75k, yang satu lagi umah 2 tingkat 170k. set appoiment nak tengok umah. then kami buat keputusan utk proceed dgn umah yang kedua.

sekarang menunggu dengan penuh saaabarnya proses pindahmilik dan pinjaman. tak sabar nak masuk umah sendiri! Ya Allah, kau permudahkan lah segala urusan pembelian dan pindahmilik ini.ameen
ini bukan rumah yang saya nak beli tu ^_^


0 comments: