Sunday, August 14, 2011

1460 hari bersama kamu..

Assalamua'laikum..

11 ogos 2007 - 11 ogos 2011

genap 4tahun saya bergelar isteri..isteri kepada lelaki yg sebelum ini tidak pernah akan saya terfikir akan menjadi isterinya. Sesungguhnya perancangan Allah itu maha sempurna kan..saya bersyukur..alhamdulillah, alhamdulillah alhamdulillah untuk nikmat Allah yg satu ini..

moga diri ini tetap kekal teguh di sisimu wahai suamiku..

kekal teguh untuk melengkapi segala kekurangan dan mensyukuri segala kelebihan..
dia.. suamiku yang selalu SABAR dengan pelbagai karenah si isteri
dia.. yang selalu rajin melayan anak-anak 
dia.. yang selalu rajin picitkan kaki bila si isteri mengadu lenguh dan sakit..

dia.. yang sangat rajin tulang membantu si isteri dalam apa2 jua hal
dia.. yang tak pernah jemu melayan segala kemahuan si isteri..
dia.. yang setia menemai si isteri ke mana sahaja..
dia..suamiku!

dia suamiku!




saat cincin disarungkan..

rasa macam baruuuu je kawin..tup2 dah anak 2.. ^_^







Selamat hari ulangtahun pernikahan wahai suamiku!
Moga cinta ini membawa kita ke syurgaNYa! aminnnn

No comments: