Monday, August 17, 2015

Review Bersalin di Hospital Kemaman

Assalamualaikum

Anak pertama bersalin di Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah
anak kedua sampai yg ke empat ni semua di Hospital Kemaman, Terengganu

asalnya plan nk bersalin di Hospital Keluarga, Kuala Terengganu. atas faktor boleh bawak anak2 sekali sementara menunggu selamat melahirkan. ye la, tak ada sape nak jaga budak2 ni. hehe

tapi oleh kerana kekangan masa tak sempat nak pergi check up masa perut 7bulan dan register ( masa tu abah budak2 ni outstation ke Gurun, Kedah selama 2 bulan) makanya terpaksala melupakan hasrat itu dan tawakkal je mudah2an proses melahirkan sekejap dan tak memerlukan budak2 ni ditinggalkan lama-lama

alhamdulillah, Allah permudahkan sungguh2 T_T

ok back to tajuk

2anak sebelum ni mmg bersalin kt hospital kemaman pn, servis bg den ok la. tak leh la nk expect dilayan bak permaisuri dah nama pn hospital kerajaan kan. hehe

tapi alhamdulillah nurse, doktor, midwife semua ok sgt. tak jumpa la yg laser2 ke apa ke. semua menjalankan tugas dengan penuh kasih sayang dan dedikasi giteww

apa yang den nk highlite kt sini adalah kekaguman terhadap kemudahan SELUAR BERSALIN ala mamapride. sat nk gugel gambaq :p

Image result for seluar bersalin mama pride 

ha seluar tu ala2 gini la. dalam menahan dan menelan kesakitan nak bersalin tu, datang nurse offer 'puan, puan nak pakai tak seluar ni? buka bahagian yg diperlukan sahaja. bla.. bla.. bla.. '( dia terangkan la pasal seluar ni) 

dalam hati, waaa bagusnya. terus la den setuju utk pakai sebab sebelum bersalin hari tu mmg ada hajat nk beli tp entah kenapa tak terbeli-beli. hihi

lepas bersalin, depa lap2 sikit je baby, terus letak atas badan dan biar selama sejam lebih jugak kot. kalau sebelum ni, depa letak kejap je, terus amik g bersihkan. ni sempat la menyusu 2-3round baru dibersihkan. 

pendapat peribadi, den terkagum la jugak.  byk yg dh improve since den bersalin ahmad ammar hari tu. bagusssss sgt!  den  bg 5 bintang! hihi

cumanya, hospital kerajaan, wad dok ramai2 kan. aurat kena jaga betul2 nak2 time melawat. tu je la. aurat, kt mana2 pn kena jaga, ye tak?

ok tu je nk citer. babai

 

11 comments:

dieyna said...

Untunglah ani... ana lak dpt bad experience masa bersalin Arisssa... 2 tahun lepas... maybe diorg dah improve selepas bnyk complain kot... tahniah

Suriati Mokhtar said...

Seronoknya gitu... alhamdulillah

Ani Ahmad said...

Ye ke ana. Apa yg bad tu 😁

Alhamdulillah experience ani ok. So far utk ketiga2 anak

Ani Ahmad said...

Aah alhamdulillah 😄

lydzar said...

Seronoknya baca. Siap provide seluar aurat mcmni kan..

Qirmumtaz said...

seluar tu dia bg terus kat akak ka?

Ani Ahmad said...

Aah tu la. Alhamdulillah. Terkagum la jugak sebab seluar tu kalau nk beli pn harga boleh tahann

Ani Ahmad said...

Eh idokla dia bg terus. Pas dh setel semua, dia buka amik balik. Haha

Nila Anggraini said...

Tak pernah pakai seluar ni. Sebab masa bersalin anak anak dulu tak pernah lagi tahu ada seluar untuk bersalin...in sha Allah kalau di berikan rezeki oleh Allah bersalin lagi nanti...nak cyba guna seluar ni juga la...

Ani Ahmad said...

InshaAllah nila. Harap2 semua hospital pn providenseluar ni nnt. Ameen ^_^

Unknown said...

salam kak..saya due bulan 5 ni anak ke3..ank 1st n 2nd lahir kat hosp kemaman jugak..cuma sblm ni belum ada seluar mama pride..hosp kemaman memang provide ke seluar m.pride ni? sbb saya baru rancang nak beli..kaler ape dia bg..takut kalau kita x beli dia x provide plak masa bersalin ti..