Thursday, August 20, 2015

Kek Butter Sedap


Budak2 ni sejak mak dalam pantang asyikla laparrr memanjang. 

Nasi tak nak plak tu. ( mana la depa nk ada selera asyik kicap + telur je hari2. Tskkk)

Since berpantang memanglah maknya masak lauk yg maknya boleh makan sahaja la.kuikui


Butter dalam peti ada seketul lagi baki buat kuih raya hari tu dan asyiklah teringat ingat kek butter yg ditayang Jiha dlm group wassup hari tu. 

Maka dengan gigihnya mak tang pn membaking kek butter di hening maghrib setelah Adib tdoq dgn lenanya. Hehe

Sebelum payung gambar, hakak payung resepi dulu kay ^_^


KEK BUTTER SEDAP

Bahan-bahan :
- 225gram butter (boleh juga habiskan terus seketul butter yang 250 gram tu)
- 1/2 cawan gula
- 5 biji telur - hakak guna greb B je
- 3/4 cawan susu pekat
- 1/2 cawan susu segar
- 200 gram tepung gandum atau tepung naik sendiri
* kalau gunakan tepung gandum masukkan 1 sudu kecil baking powder
- 1/4 sudu kecil garam
* tak perlu masukkan kalau guna salted butter
- 1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Mula-mula, panaskan oven pada suhu 160 C selama 15 minit. Sambil-sambil tu, griskan loyang dengan butter dan letakkan ke tepi dulu. Ayak tepung gandum, baking powder dan garam beberapa kali supaya kek lebih halus dan gebu.

Pukul mentega dan gula sampai kembang dan putih. Lepas tu masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul sampai semua bahan sebati. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi. Kemudian masukkan tepung sikit-sikit... selang selikan dengan susu pekat dan susu segar. Gaulkan sampai betul-betul rata.

Masukkan adunan kek ke dalam loyang dan bakar di dalam oven selama 40 - 45 minit pada suhu 160 Celcius - *bergantung pada oven masing-masing.

Utk part hiasan atas (almond cincang + choc chip)
- bakar sekejap almond cincang sblm ditabur
- dah sejuk, mix dgn choc chip dan masukkan sesudu tepung gandum (utk elak drpd hiasan tu tenggelam) 
- Lepas tu baru tabur atas kek sblm ia dibakar.


Taraaaaa



Selamat mencuba ^_^

Tq Gha, share resepi best ni.muahciked 😘




3 comments:

Azlinda Azman said...

pos satu ke Kjg ;)

Jueliza Jamani said...

salam perkenalan.. sedapnya kek tu....

Ani Ahmad said...

@azlinda : siapp!! hihi

@jueliza : salam kenal. terima kasih sudi berkunjung :)