Thursday, August 13, 2015

Kelahiran paling tenang dan sempoi

Assalamualaikum

Anak dah 4. Kali ni baru nak tulis entry kelahiran. 3 anak sebelum ni tak sampai seru kot naa. Hehe

Anak ke 4 ni EDD pada 16 ogos 2015. Since due pada ogos, berharaplah juga lahir pada tarikh sama besday kakaknya yakni 9ogos. Tapi doa je la. Tak ada la sampai tahap kalau tak kluar tarikh tu, nak suruh doktor paksa ke apa :p

8ogos2015
Teringin nak makan samprit dh lama. Tp tak terrealisasi sebelum raya tu. bahan semua dh beli tp x sempat buat. Hihi

Sesudah solat subuh, gigih la mengadun dan menekan samprit di pagi hari :D

Setel menyamprit lebih kurang pkul 8 lebih cmtu. Tengok2 ada blood show. Berdebar + excited. Dalam hati terdetik, ada can tarikh lahir sama kakak ni. Hehe

Dh ada show tu baru tercungap2 packing beg ke hospital. Punya la rileksssss kannnnn

Sepanjang hari menanti2 rasa sakit. Tapi tak de pn. Malam tidur macam biasa, dalam pkul 1 pagi macamth terjaga sebab rasa memulas. Rasa tu lebih kepada nak membuang je. Bukan sakit nak bersalin pun. Diri sendiri pun confius nak bersalin ke apa ni.hehe

Memandangkan kami bercadang untuk melahirkan di Hospital Kemaman, yg perjalanan ke hospital lebih kurang sejam jugak, sebagai langkah berjaga2, ajak je en.suami ke hospital di hening pagi tu.

Tapi sampai ke hospital, tak sakitlah pulak. Tak kan la nk serah diri kan. Ohhh nehiii!! Maka setelah berbincang kami decide untuk tidur dalam kereta. Kot2 nnt sakit datang boleh terus "check in" je

Kelipop kelipop sampai la kedengaran azan subuh, kami solat kt musolla dalam hospital. Lepas solat dok confius nk balik ke nk tunggu lagi sakit tu datang. Hati berat rasa nak balik sebab amna umar sekolah, ammar minta tolong maksu hntr umah makcik sementara tunggu abah balik dr hospital. Nak dijadikan cerita, maksu dah kelam kabut kt rumah dengan kunci tak jumpa. Lagiiii la rasa nak balik. Then decide balik rumah dulu. Nnt dah sakit datang balik. Hihi

Baruu je reverse kereta nk kluar dr pagar hospital, tetiba sakit memulas2 perut. Drama betul kann. Then terus check in, check dah 5cm, terus masuk labor room. Dalam sejam cmtu selamatlah melahirkan. 

Alhamdulillah.maka selamatlah melahirkan anak ke 4, lelaki,  Paling kecil antara kakak abang. 3.395kg je. Intact, alhamdulillah πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼


Bila kenang2 balik rasa kelakar. Rilkes sgt mak oii. Sehari sebelum bersalin baru packing beg hospital. Jgn tiru naaa πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Till then. Jumpa lagi. Doakan ahkak konsisten update blog ya! Hehe


5 comments:

adnina said...

Allah permudahkan kan..Bila baca@tengok@dengar pasal dapat baby ni..rasa cam nak tambah lagi ..bila pikir2 balik, cam....hihi

nurul huda mohamad yusof said...

Alhamdulillah

Ani Ahmad said...

Hehe. Tambah je kak ain πŸ˜„πŸ˜†

Ani Ahmad said...

Alhamdulillah 😍

alimulabid said...

Anii...