Monday, March 19, 2012

Tempuhi 7 Gunung Sebelum Amalan Di terima ALlah

*Sekadar peringat buat diri sendir*
Tempuhi 7 Gunung Sebelum Amalan Diterima Allah – Imam Ghazali
Menurut Imam Al-Ghazali, manusia akan menempuhi tujuh gunung ini sebelum amalan-amalannya diterima Allah S.W.T. Iaitu:-

1) Gunung Taubat
  •   Dosa kepada Allah:
    • meninggalkan yang wajib 
    • mengerjakan yang haram
  • Dosa pada makhluk
    • menganiaya diri mereka 
    • menganiaya harta meeka
    • menganiaya ahli keluarga mereka
    • menganiaya agama mereka

2) Gunung Ilmu
  • Usuluddin – Ilmu untuk mengenal Allah dan Rasul
  • Feqah – Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada diri dan harta
  • Tasauf – Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada batinnya yakni di dalam hati

3) Gunung Penghalang Ibadah
  • Dunia – hendaklah zuhud
  • Manusia – hendaklah diasingkan
  • Syaitan – hendaklah diperangi
  • Nafsu – hendaklah dikekang dengan takwa kepada Allah

4) Gunung Perintang Ibadah
  • Rezeki – hendaklah tawakal yakni tetap di atas janji Allah
  • Khatir – ertinya gerak hati kepada yang di takuti atau kepada yang diharap hendaklah berserah kepada Allah
  • Qada – hendaklah redha
  • Bala – hendaklah sabar

5) Gunung Peringkat Ibadah
  • Khauf – takut pada Allah dengan mengingatkan seksanya di dalam neraka
  • Roja'- harap kepada Allah dengan mengingkan nikmatNya di dalam syurga

6) Gunung Pencatat Ibadah
  • Riak – hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah
  • Ujub – hendaklah ingan petunjuk Allah dan pertolongan Nya

7) Gunung Syukur
  • Hendaklah memalingkan segala nikmat yang dikurniakan itu kepadam mentaati Allah yang mengkurniakannya.


>>> Jika KITA telah melepasi 7 Gunung Ini, kejayaan demi kejayaan akan datang mengejar KITA<<<

No comments: