Thursday, December 8, 2011

Dhuha

Assalamua'laikum

hari ni saya berbicara sama itu en.gugel pasal solat dhuha..
sudah laamaa tinggal :( ampunkan daku wahai ALlah..


Waktu menunaikan solat Dhuha :

“Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. 

Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.”


Masuk waktu solat Dhuha selepas waktu Syuruk kira selepas 28 minit masuk waktu Syuruk. Boleh semak di kalendar atau jadual waktu solat.

Niat solat dhuha
 




Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala
 **Samada di tunaikan dengan 2 rakaat, 4 rakaat, 8 rakaat atau 12 rakaat.


Doa Dhuha













“Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , KAU turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, KAU keluarkanlah, jika sukar KAU mudahkanlah, jika haram KAU sucikanlah. ,Jika masih jauh KAU dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”



Kebaikan solat Dhuha :

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.

Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Daripada Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,

“Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari   setiap bulan,  sembahyang dhuha 2 rakaat dan  sembahyang witir sebelum tidur” (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

Rasulullah bersabda yang bermaksud,
“Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”

Rasulullah bersabda lagi,

“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”
 

Insya Allah. Semoga anda mendapat manfaatnya.

Sumber :





Corat Coret Supermak : Solat dhuha antara amalan pembuka pintu rezeki..tapi niat kena betul, bukan mengharapkan balasan yakni rezeki yang melimpah ruah, tetapi mesti IKHLAS sebagai tanda pengabdian pada Allah..moga niatku betul dan moga2 diriku istiqamah. Ya ALlah, kurniakanlah kepada kami lisan yang lembut dan sentiasa basah dalam mengingati dan menyebut nama-MU..hati yang sentiasa mensyukuri nikmat-MU..serta kurniakanlah kepada kami ya ALlah, badan yang ringan untuk menyempurnakan ketaatan perintah-MU..

No comments: