Saturday, April 9, 2011

masak masak lagi

Assalamua'laikum..
kali ni masak western la pulak. western la sgtt..padahal spagheti je pn..kui kui kui

amik resipi dr sini
http://www.myresipi.com/top/detail/728

 bahan-bahannya
  • 500 gram spaghetti (cek cari spagheti x dak, cek guna fettucini)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu (cek guna susu segar)
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus (cek guna bawang besaq biasa ja)
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - didadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 2 batang celery – didadu kecil (cek x letak pn)
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional) (cek cari cendawan butang x dak, cek ganti dgn frankfuter ayam cendawan ;p)
  • 1 kiub stok daging lembu (optional) ( pun cek x letak)
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju parmesan – untuk menghidang ( pun cek x letak,mana nk cari keju2 ni ha? haaahaa)






cara-caranya:

  • Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. 
  • Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  • Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut. 
  • Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur. 
  • Masukkan herba,  garam dan gula secukup rasa.
  • Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat









selamat mencuba! :) 

nota kaki : tak dan amik gambaq step by step sebab 'berperang' dengan anak yg asyik menarik2 kain.huhuu


2 comments:

ernizz said...

rajinnyer masak...
nampak sedap lak tu..;-)

NoRaiNi aHMaD said...

erni.. masak2 simple2 je..tp kalu penyakit malasnya datang mmg x memasak la jawabnya..hihihiii