Wednesday, November 10, 2010

... Doa Semasa Hamil...

Assalamua'laikum..

hari ni nk share doa semasa hamil.. jumpa dengan bantuan incik gugel  dan ditambah2 dengan rasa hati.. ;)


              Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Ya Allah, Tuhan yang Maha Mendengar lagi memperkenankan..

Periharalah anakku selama ia berada dalam rahimku dan sihatkanlah dia, kerana sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang  memberi kesihatan. Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit walau sedikitpun.

Wahai Allah yang menciptakan dan mengadakan segala sesuatu..

Bentuklah dia di dalam perutku dalam bentuk yang baik dan tetapkanlah hatinya dalam keimanan kepada-Mu dan Rasul-Mu. 

Wahai ALlah yang memberi keselamatan dan keamanan..
Keluarkanlah dia dari rahimku pada saat kelahirannya dengan mudah dalam keadaan selamat dan dengan bentuk yang indah dan sempurna. 

Wahai Allah yang memberi hidayah
Jadikanlah dia anak yang sihat dan sempurna, berakal yang cerdas, yang alim, dan beramal,dan yang faham agama.. 

Wahai Allah yang memperkenankan doa..
Panjangkanlah umurnya, sihatkanlah tubuhnya, baguskanlah akhlaqnya, fasihkanlah dan merdukanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Al Hadist dengan berkah Nabi Muhammad SAW.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam

Wahai Allah, perkenankanlah.. kerana sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pergantungan.. amin, amin, amin.. ya Rabbal a'lamin..

0 comments: