Monday, August 31, 2015

Cadangan Set Kesuburan Untuk Para Suami

Assalamualaikum w.b.t

Bila berbicara soal kesuburan, result adalah hak ALlah. Sebagai hamba, hak yang wajib kita tunaikan untuk diri ada - Usaha :)

Antara ikhtiar yag boleh dicuba, mengamalkan pengambilan makanan tambahan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti penghasilan 'benih' 

 Produk shaklee yang biasanya dicadangkan untuk tujuan ini adalah

Vitamin E

Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Salman Azhar yang diterbitkan di "The Encyclopedia of Vitamin E" mengatakan kekurangan Vit E boleh menyumbang kepada kerosakan kantung zakar. Ianya akan menghalang rembesan hormonyang diperlukan untuk penghasilan sperma.

 Vitamin E juga dikatakan memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti (bentuk) dan pergerakan (motility) sperma
sumber


Rajah menunjukkan perbezaan sperma sihat dan sebaliknya








 Zinc

Kajian menunjukkan zinc memainkan peranan penting dalam menentukan kuantiti sperma yang dihasilkan oleh seseorang lelaki. 
sumber


 fuhh berpeluh hakak mengarang artikel ilmiah giteww. pendek kata, nak mudah faham, vit e tu menyumbang kepada kualiti sperma tu yakni bentuk dia, pendek ke panjang ke. yg sihat tu panjang supaya dia boleh berenang laju. Dan juga menyumbang kepada pergeraakan, kalau tak cukup vitamin E ibaratnya dia tak fokus, asyik nak melencong je akibatnya tak sampai kat sasaran. haha. paham?

yang zinc ni plak, kalau kurang zinc, sperm yg dihasilkan sikit je, bila sikit chances tu makin kurang la kan. hehe


cuba bayangkan kalau kedua-dua nutrien penting ni kurang, dah la sikit je peserta, pastu semua tak sihat, pendek2,bergulung2,  pastu tak fokus pulak, orang suruh pergi ke sasaran yang lurus, dia asyik melelong je.. mana la nk bertemu dengan si ovum tu kan kan? haha

paham? tak paham tanya hakak okeh?
013.518.8860

 

Saturday, August 29, 2015

Facial?

korang pernah g buat facial?

sape geng dengan hakak? jenis yang tak stick pada sejenis brand pencuci muka je. lepas habis satu, hakak try produk lain plak. sebut la apa jenis pencuci yang jual kt farmasi ke, pasaraya ke, inshaAllah semua hakak dah pernah cuba. shurah? safi? eversoft? eh banyak lagi la sampai tak terrecall.hihi. sampailaaaa hakak kenal produk ni :D

Hakak tak pernah pergi facial tau. jadi tak tahu apa depa buat masa facial tu. kikiki
Tapi kalau nk suruh hakak demo product shaklee ni kt muka korang, hakak memang konpiden habis!
Sebab dah merasai sendiri kan. Memang superbbb! Puas hati!



Ada review kata kalah **II, wallahualam la sebab hakak pun tak pernah guna **II tu.kikiki
Rutin setiap kali mandi, tonyoh muka dengan make up remover untuk buang kulit mati, daki2 dan kotoran. Ye lah hakak kan surirumah, chores kt rumah ni memang bikin muka dan badan melekit2 kan.conpem berdaki. lols

walaupun hakak memang jenis tak bermekap, tp personally hakak rasa make up remover ni perlu sebab memang rasa beza lah cuci muka guna make up remover dulu vs tak guna.

Lepas tonyoh tu, bilas dengan air. Ya Allah rasa kulit "bebas!" Tak reti nak describe. Mehla sini hakak nak bg sample try. Haha

Lepas tu, cuci dengan pencuci muka shaklee ni plak. nama dia hok shaklee bagi adalah Gentle Deep Foaming Cleanser.Gentle uuu. memang lembutttt mencuci kulit ni. hehe. Best sgt!  Picit sikit je, bersihhhh je rasa muka.

The best part is, 1 tube ni, tahan laaaaamaaa gilos. Hakak share dengan somi pn tahan 3-4bulan.
Eh pendek kata berbaloi baloi la dengan harga jika nak dibandingkan dgn kualiti dan kuantiti 👍🏻👍🏻

yang best lagi kan, sikit pun tak rasa kering ke rengsa ke sebab tak ada chemical berbahaya digunakan dalam produk ni tau. semua guna bahan semulajadi je. dijamin selamat berkesan mesra alam giteww. hehe


utk info dan order jgn segan contact hakak, okay?
013.518.8860

 sampai situ dulu, babai :D

Thursday, August 27, 2015

Umrah Dengan Baby

Assalamualaikum

Walaupun dah lama hakak pergi umrah, sekarang baru nak post entry. tak kisah la kan. moga membantu la para ibu atau bapa yang mungkin tengah cari info pasal ni macam hakak tergugel2 masa nak pergi umrah dulu. kikikiki

ok akk pergi umrah dengan membawa bersama ketiga-tiga anak pada masa itu. Februari 2014. Ahmad Ammar masa tu baru 2bulan lebih. Umar - 3tahun , Amna - 5 tahun. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.

entry ni cerita pasal baby je tau. tak de la tips sangat pn. sebab main redah je hakak pn. kuikui

bila terlibat dengan baby je, ofkos banyak benda kena consider untuk distandby sebab ye la, baby buatnya dia nangis tak berenti bukannya dia reti cakap nak habaq apa yang tak kena. ye dak? so semua keperluan silalah list awal2 siap2. hehe

ahli rombongan. kami + mak :) berdebar2 masa ni
Antaranya 
  • Diapers
kat sana dengarnya mahal kalau nak beli. so hakak memang standby bawak banyak siap2. masa tu untuk amna dan umar pn hakak standby diapers kot2 emergency buatnya depa nk terkucil kt tempat yang susah nak cari tandas ke, tak ada tandas ke tak ke haru. hehe. seingat2 hakak 1 luggage tu memang semua letak diapers je. hihi

  • Pakaian
masa hakak sefamily pergi tu, masih musim sejuk. jadi standby la jugak sweater 2helai, stokin tebal, siap sarung tangan tau. kikiki. Since musim sejuk, hakak bawak semua baju lengan panjang je. 
baby - serba 9pasang
umar - seluar panjang 7helai
         -baju lengan panjang 7helai
amna -  jubah 2 helai
         - tshirt lengan panjang 7helai
         - seluar 7 helai
         - tudung 5 helai

ni je bag kami 5 beranak.. Luggage coklat tu letk diapers + makanan sahaja :D

  • Makanan
since masa tu baby tak makan lagi, hakak standby makanan untuk umar n amna je. sebab tak leh bayang lagi makanan kt sana macamana kan tapi hakak bawak biskut2 je. kot2 lapaq time bukan orang jamu makan, boleh bg depa makan biskut tu dulu.

  • Ubat-ubatan
Nama pun budak kan, perubahan cuaca, persekitaran pn boleh effect kesihatan. so standby la siap2 sebab semasa dok mengugel tu, baca time tu kt Mekah tengah giat pembinaan, habuk2 banyak dan ubat kt sana sangat mahal. hakak tak de bawak apa sangat. bawak panadol, minyak angin panas je. Hakak standby Performance Drink shaklee- untuk elak dehidrasi. ye lah kot kurang minum air ke apa kan. hakak bawak juga , Nutriferon shaklee - untuk upkan antibodi secara semulajadi. Vitamin C shaklee dan Garlic jugak . alhamdulillah la sepanjang kat sana semua sihat dan kuat :D

opss. kalau nak beli product2 tu boleh beli dengan hakak tau. sempattt tuu promoteee.kohkohkoh

  • Bantal & Toto nipis
haa siap highligt asing ni. kikiki. iye, jangan lupa tau. sebab nanti masa nak solat, selesa la sikit baby dok kt sebelah tu. hehe. 
bantal kecik. lapik dgn trench coat + kain batik je bagi dia tdo
  • Baby Carrier
 sangat2 membantu ketika bersesak nak masuk kluar masjid, masa ziarah, masa tawaf ke saei ke. sangat sangat sangattt membantu. hakak pakai ringsling je masa tu sebab baby kecik lg nk pakai ssc. tulang lembut lagi. hihi.

jumpsac ringsling

hmm bab kendong baby masa tawaf, saei. sebelum pergi tu ada la mintak pendapat beberapa orang ustaz dan mutawif sekali. sebab tanya pakcik gugel banyak sangat pendapat :D

sebagai kesimpulan dan apa yang hakak yakini, baby lelaki boleh kendong semasa tawaf dengan syarat dah dikhatankan, dibersihkan najis sebelum tawaf dan segerakan tawaf. 

jadinya sebelum tawaf tu, basuh dan tukar diapers siap2 terus selesaikan tawaf. 

ermm apa lagi ye nak cerita pasal baby. nanti kalau ada lagi teringat hakak update post ni kay. 

moga membantu buat sesiapa yang mencari :D

Italy.. Kami datang!!


Assalamualaikum

Kehangatan musim sejuk Italy dah dirasaiii! Winter hangat ke? Kuikui

Semalam, terima sms dr shaklee on detail flight yg bakal menerbangkan kami ke italy november nanti. ( cerita semalam, baru nk update? Maklumla ibu berpantang anak kecik 4org! >_< ) 


Haa best tak best tak? Kalau cakap x best tu mesti jeles kan kan kan. #alaguraupuntakboleh. Hehe

Selang beberapa jam, dapat plak itinerary  sepanjang kat sana. Huii makin tak sabarrr!!

( kasi can hakak show off kejap ye.haha ) 






Excited tu memangla tak dapay disangkal lagi. Maklumla, tak pernah sampai Italy pn kan. Dalam mimpi pun tak pernah!

Dalam keheksaitedan itu,ada sikit rasa hmm bagaimana nak describe ya...

Kerana memandang mata budak comel yg soleh ini 😂😂😂😂


Doakan kami ye, sesiapa yang membaca ini. Moga Allah pelihara kami, memberikan yg terbaik utk kami. Sobss

Dan doakan juga tahun depan hakak berjaya hangkut anak cucu hakak bawak ke Orlando, USA  sekali ye! 

Maceyy

Hakak banyak hutang entry dengan diri sendiri nak mengarang. Doakan setiap saat yang Allah pinjamkan ini hakak manfaatkab sebaiknya okeh! 

Babai










Tuesday, August 25, 2015

Sabun Pencuci Pinggan Highly Recommended

Assalamualaikum

Korang jenis tangan sensitif dgn sabun tak? Nak2 sabun basuh pinggan

Ye la kalau sabun basuh baju tu tak patut sangat sebab mesin basuh yang basuhkan kan? Hehe

Hakak antara yg tergolong tangan yg sensitif ni,kebanyakan sabun basuh tangan yg ada di pasaran, memang membuatkan tangan hakak kering dan kasar selepas membasuh.

Sehinggalah hakak cuba sabun ni. Highly recommended! 

2 ni memang teman akrab kerja2 mencuci di dapur 😍


Antara sebab yang buat hakak makin suka, TIDAK MENGANDUNGI BAHAN BERTOKSID, guna bahan semulajadi. No wonder lembutt pada tangan.

Buih banyak tau. Best! Sebotol tahan lamaa. Picit sikit je setiap lali nk guna


Antara review pengguna 😍


Yg ni paling hakak suka. Biasa warna kt blender susah nk tanggal kan? Nak2 kalau blender kunyit. Memang bercintala.. Dengan Dish Wash ni, walau tak tanggal sepenuhnya lagi warna tu, dh pudar sikit. Lama2 mesti hilang kan warna tu. 😘

Kalau nak cuba jgn segan contact hakak okay? 
>> ani ahmad 0135188860 <<

Tull then babai



Monday, August 24, 2015

Marah itu mudah

Sabar itu indah
Tak sabar, telan la rasa bersalah

Alkisah semalam, amna terpecahkan pasu cenderahati perkahwinan sahabat dunia akhirat hakak,  Alin. 

Mamanya macam biasa, seringkali tewas menahan sabar. Terrrmarahh si anak

Lepas marah, rasa sangat2 teruk 😓😓😓😓😓

Bukan anak itu sengaja. Huhu

Lebih menambahkan rasa bersalah emak, bila amna tulis nota dan lekatkab di meja kerja mama 😭😭😭

Mama minta maaf, anak2 mama. Kerana sering kali tewas menahan diri 😭😭😭




Breakfast like a king


Bangun pagi ni hakak lapar tahap gaban. Ibu menyusu memang cepat lapar dan asyik laparrr je. Hihi

Pagi2 ni nak bertungku, terus makan berat kang tak sesuai plak nak berthngku kan.

Jadi hakak bancuh Esp je la seround. Alas perut yang dah bergendang irama macam2 ^_^


Terliur hokey tgk strawberi tu. aummmmm


Selamat kembali bekerja buat yang bekerja. Jangan blues2 tau.kikiki

Selamat menguruskan rumahtangga buat stay-at-home-mom mahupun work-at-home-mom semua

Till then. Babai :)

Set Berpantang Terbaik Pernah Hakak Cuba



Assalamualaikum
Masa anak sulung, hakak beli set bersalin hpa, complete set. Masa ngandung pulak hakak amal salindah. 

Bukan nk kata tak bagus, sebab tak konsisten kot. Makan dan guna tak habis pn. Hehe. So kesan tu tak rasa sangat.

Lepas bersalin anak kedua, hakak dok pulun buat stok susu untuk umar sebelum naik kerja. Oleh kerana terdesak kot, memang konsisten dan disiplin you makan supplement shaklee ni. 

Dan alhamdulillah memang susu mencurah curah dan badan pn rasa lain sangat compare lepas bersalin anak sulung

Since itu hakak memang amalkan shaklee dalam hidup. Sampai mengandung-bersalin-berpantang anak ketiga dan keempat. 

Kalau hakak cerita kang macam nk promote produk yang hakak jual plak kan. Tp memang nak promote pn.kuikui

Benda bagus tak baik simpan sorang2 :p

So malam ni hakak nak share la antara ribuan review pengguna set berpantang @ set bersalin shaklee ni ye. Kalau korang tengah mencari set bersalinmolek sangat la cuba ni. Boleh mula amik dr mengandung lg dah, nanti pas bersalin continue aje.hehe




Best kan? Part sembelit tu memang akk setuju kuasa 2.6billion. Lancarr membuang, idok la seriau seriau nak masuk jamban >_<

Malas cakap banyan dah aiii. Tak caya try test tengok dulu na ;)

Untuk info dan order jangan memalu whatsapp @ telegram @ sms hakak yo?
>>013.518.8860<<

Saturday, August 22, 2015

Berpantang sendiri

Assalamualaikum

Ramai yg hairan hakak dh start masak, walau dalam pantang. Hihi

Hakak berpantang sendiri je. Tak de orang jaga, jadi jagalah diri sendiri aje. Hehe. Masak pn simple2 je. Mana yg mampu buat hakak buat. Basuh baju, mesin basuhkan. Sidai baju en suami sidaikan. 

Part memasak, kena buat sendiri sebab en suami kerja. Seriously tak de la senanggg sangat berpantang sendiri ni. Sangat mencabar, terutama part kawal emosi.

Nak2 dgn kakak dan abang2 baby ni. Baby tu x de masalah sgt. Kenyang dia lena la. Hihi

Alhamdulillah part kelesuan ke ketidak bermayaan ke, hakak xde masalah. Since sebelum ngndung mmg amal supplemen shaklee, mmg badan rasa cergas dan segarrr :)


Tu part supplement la. Hakak mmg tak amik jamu. Tugas jamu dh diambil alih oleh alfalfa tu dah. Hehe. InshaAllah

Tapi part mandi daun2, bertungku, minyak panas, jaga pemakanan memang buat la. Kang sakit sendiri menanggung jugak :D

Cumanya idok la baringg, rehatt je macam anak sulung dulu. Time baby tdo kena laju2 buat kerja. Hehe

Alhamdulillah supplement shaklee mmg sgt2 membantu hakak kekal cergas, segar seawal 24jam selepas melahirkan 💪🏼💪🏼💪🏼

Kalau minat nk cuba ke, nak tnya2 ke jgn malu2 contact akk ye? ;)

Nnt hakak share review2 pengguna yg dah berpuas hati dgn set mengandung, berpantang then continue terus set menyusu. InshaAllah

Till then. Babai 

Friday, August 21, 2015

Sup Tulang Noxxa

Assalamualaikum

Tengahari tadi menunaikan hajat sikakak nak sup daging. maka dengan giginya ibu berpantang ini  buat sup tulang lepas sekali hajat maknya.hewhew

guna PC noxxa je. jimattt masa. kalau dak paling kurang 4jam merebus tulang tu, gun anoxxa 40minit je. sonang keje hakak. hehe

SUP TULANG NOXXA
tulang gear box
sup bunjut
bawang merah 5 ulas  -tumbuk lumat
bawang putih 3 ulas - tumbuk lumat
daun sup
daun bawang
garam secukup rasa
1 sudu teh lada hitam yg ditumbuk manja

cara2nya

masukkan semua bahan kecuali daun sup dan daun bawang. ada orang stir frykan bawang nk etc dulu. hakak malas. rebus je semua.kikiki

pulas tombol ke kedududkan pressure. tekan HP 40minit. tunggu siap nnt dia bunyi tett tett tett.
pulas tombol ke kedududkan steam utk lepaskan pressure dia. buka periuk, boleh la perasakan secukup rasa. masuk daun sup daun bawang. taraaa.. siap untuk dihidangkan :)

simple kan? hehe

payung gambar skit

potong kecil supaya mudah anak2 makan

nampak lelemaks itu? fuhh

partner in crime. tak de ni x lengkap sup tulang. hehe

lepas makan, jgn lupa penutup dengan air suam dan 2 supplemnt ni. block kolestrol dari masuk dalam salur darah. prevention is better than cure giteww :D
 




last but not least, part makan memang sedapp kan. part nk membasuh ya Allah seksaaaa. kalau sebelum ni memang bercintalah nk basuh pinggan dan periuk bekas sup tulang tu kan. melekat2 lemaknya. 

satu-satunya solution dulu AIR PANAS je kan? hari ni hakak saje eksperimen, tabah beberapa titik pencuci serbaguna Basic H ke dalam sabun basuh pinggan pilihan hakak - dish wash shaklee. 



hasilnyaa.. 

lemak tu laruttt, tak payah air panas lagi dah :D hakak suka!

sonang keje hakak. kihkih

k tu je dulu. bai 


Thursday, August 20, 2015

Kek Butter Sedap


Budak2 ni sejak mak dalam pantang asyikla laparrr memanjang. 

Nasi tak nak plak tu. ( mana la depa nk ada selera asyik kicap + telur je hari2. Tskkk)

Since berpantang memanglah maknya masak lauk yg maknya boleh makan sahaja la.kuikui


Butter dalam peti ada seketul lagi baki buat kuih raya hari tu dan asyiklah teringat ingat kek butter yg ditayang Jiha dlm group wassup hari tu. 

Maka dengan gigihnya mak tang pn membaking kek butter di hening maghrib setelah Adib tdoq dgn lenanya. Hehe

Sebelum payung gambar, hakak payung resepi dulu kay ^_^


KEK BUTTER SEDAP

Bahan-bahan :
- 225gram butter (boleh juga habiskan terus seketul butter yang 250 gram tu)
- 1/2 cawan gula
- 5 biji telur - hakak guna greb B je
- 3/4 cawan susu pekat
- 1/2 cawan susu segar
- 200 gram tepung gandum atau tepung naik sendiri
* kalau gunakan tepung gandum masukkan 1 sudu kecil baking powder
- 1/4 sudu kecil garam
* tak perlu masukkan kalau guna salted butter
- 1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Mula-mula, panaskan oven pada suhu 160 C selama 15 minit. Sambil-sambil tu, griskan loyang dengan butter dan letakkan ke tepi dulu. Ayak tepung gandum, baking powder dan garam beberapa kali supaya kek lebih halus dan gebu.

Pukul mentega dan gula sampai kembang dan putih. Lepas tu masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul sampai semua bahan sebati. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi. Kemudian masukkan tepung sikit-sikit... selang selikan dengan susu pekat dan susu segar. Gaulkan sampai betul-betul rata.

Masukkan adunan kek ke dalam loyang dan bakar di dalam oven selama 40 - 45 minit pada suhu 160 Celcius - *bergantung pada oven masing-masing.

Utk part hiasan atas (almond cincang + choc chip)
- bakar sekejap almond cincang sblm ditabur
- dah sejuk, mix dgn choc chip dan masukkan sesudu tepung gandum (utk elak drpd hiasan tu tenggelam) 
- Lepas tu baru tabur atas kek sblm ia dibakar.


Taraaaaa



Selamat mencuba ^_^

Tq Gha, share resepi best ni.muahciked 😘




Muhammad Adib Akmal dah botak



Hari ni Adib 11hari. Tali pusat dh jatuh since Day 3 hari tu. alhamdulillah

Kalah kakak n abang2. Hihi. Kakak n abang2 berbelas hari la jugak baru jatuh tali pusat. 

Selalunya day 7 dh cukurkan rambut pakej dgn daftarkan nama, tp since abah tengah projek sejak hari ke 3 hakak balik spital, maka tidaklah sempat abah mencukurnya.

Hari ni hari ke 11 dan sedang elok hari khamis, maka cepat2 la kami suami-ister bekerjasama membotakkan anakanda Adib ^_^






Sebelum, semasa, selepas ^_^

Mohon doakan anakanda Adib jadi anak soleh, faham agama, imam kepada orang2 mukmin dan harta akhirat mama dan abah ye. Terima kasih T_T ( lap ayaq mata)



Pemberat hidup

Pagi ni awal2 lagi dah dapat tazkirah yang menjentik minda. Nk tepek sini supaya nanti boleh ulang baca :)



BAGAIMANA MAHU KELUAR DARI MASALAH ?
Setiap orang, asalkan namanya manusia dan makhluk, hidupnya itu sendiri adalah ujian.

Masalah adalah sebahagian bentuk ujian untuk mematangkan dan menambah iman kita pada Allah swt.

Orang berniaga apatah lagi. Ujian lebih besar dan lebih berat untuk dihadapi. Itu pakej kekayaan dan kebahagiaan. Percayakah, semua orang termasuk saya juga melaluinya.

Ujian bagi setiap orang ini pelbagai rupa. Cuma, masalah paling besar ialah kita buntu, stress dan terlalu melayan masalah. Bagaimana boleh keluar ?

1. Bersyukur setiap pagi, kita masih dihidupkan bagi teruskan perjuangan.

2. Redho setiap hari, bahawa itulah situasi yang kita harus tempuhi. Bukan pilihan kita, tapi pasti ada hikmah.

3. Never blame others. Usah menuding jari lagi. Bekajar untuk merenung jauh dalam diri sendiri. Mengapa aku diuji ?

4. Sabar dan Solat. Cari ketenangan di Masjid dan atas sejadah. Tuhan rindu untuk dengar rintihan dan rayuan kita.

5. Berpuasa, apabila berpuasa, kita secara automatik mendidik diri menjadi hamba yang lebih tenang dan lapang.

6. Banyakkan bersedekah. Memberi tidak semestinya wang. Apa sahaja alatnya tidak penting, tetapi sejauh mana kepercayaan kita dan keyakinan dalam setiap sedekah kita.

7. Memaafkan semua orang. Buang ego jauh-jauh, usah rasa besar dan mahu menang lagi. Tiada guna jaguh tetapi jiwa tidak tenteram. Muhasabah diri setiap masa.

8. Tawakal, serah segalanya bulat bulat kepada Allah swt. Hanya dia tempat kita meminta pertolongan dan bergantung harap. Bulatkan hati selepas puas berusaha.

9. Sucikan harta dengan Zakat. Kita terlalu diajar tentang simpanan menuju kekayaan. Kita dipaku otak dengan cerita Asb, Emas, Fix Deposit dan sebagainya. Bagaimana kalau kita belajar menghayati erti besar sebalik kewajipan berzakat ?

Percayalah, Tuhan tidak akan uji kita diluar kemampuan kita. Dia mahu jentik minda dan jiwa kita, supaya sedar bahawa semuanya dari Dia. Tiada apa pun yang kita punya. Kita hanya penumpang, yang diuji di atas dunia nan sementara.

Masih terasa penat dan resah ? Itu bukan tanda masalah kita besar, tetapi tandanya jiwa kita masih kosong. Orang bisnes, carilah damai di hati. InshaAllah, kekayaan-kebahagiaan-keberkatan terus mendekati.

Salam Khamis Malam Jumaat.

Salam Kejayaan penuh Berkat.

Salam Sayang jangan bimbang.

Wednesday, August 19, 2015

Sambutan hari lahir Amna

Rentetan post sebelum ni. 

Hakak nk share output resepi yg dh dicuba. Hihi

Kek coklat mavelessssss dr sini
Hakak payung gambar sekali hokey



Tgn mmg kejung. Tu kira kreatip habis la tu. kuikuikui. Jadilah ye nakk

Edible image tu dh share kt mana order di entry sblm ni. 

Resepi agar2 pn dh share. Hehe

Kongsi sinj resepi kek coklat moist yg maveles 

Best Moist Chocolate Cake Ever

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
3/4 cawan serbuk koko Hershey's - hakak guna serbuk koko tak de cap je
2 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder (opsyenal)
2 biji telur saiz A - hakak guna 3biji gred B
1 sk garam
1 cawan buttermilk
1 cawan Mazola vege oil
1 1/2 sk vanilla extract
1 cawan air mendidih (atau 1 cawan air coffee/nescafe)

Cara Penyediaan : 

Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow baking).

Lenser loyang 9x13" dengan minyak dan tabur dengan sedikit tepung.  Saya guna 10x10. Atau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.

Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl. Putar pada kelajuan sederhana selama 1 minit, sebelum dimasukkan air panas atau air nescafe panas. Putar sehingga adunan sebati.

Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan.


Chocolate Ganache
4 oz chocolate chips
1/3 cup heavy cream
1 sk unsalted butter
1/8 sk garam

Pnaskan heavy cream tapi jangan sampai mendidih. Tuangkan ke dalam coklat chip dan tunggu hingga coklat chip mencair. Lepas tu, kacau sehingga sebati. Masukkan butter dan garam, kacau sebati. Bolehlah disapu pada kek yang telah disejukkan. Nota: Untuk kek 10x10, adunan ini perlu dibuat 2 adunan.


White Vanilla Icing - 
Hakak x buat pn yg ni. Hehe

Bahan bahan:
2 cawan powdered confectionay sugar
1/4 ketul butter - suhu bilik
1 sk vanilla extract
1/8 sk garam
2 1/2 sb susu

Masukkan gula dan butter ke dalam mixing bowl dan putar sehingga sebati dan kembang. Masukkan garam dan vanilla extract sambil terus diputar.

Akhir sekali, masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap adunan icing yang dikehendaki dan mudah disapu pada kek.


Buttermilk
Susu segar
1 sb white vinegar atau lemon juice

Masukkan white vinegar atau lemon ke dalam cawan. Tuangkan susu sehingga mencapai sukatan 1 cawan. Kacau rata.

Biarkan selama 5 minit dan sedia untuk digunakan.


Simple tapi sedapp. Cuba la ye. Pasti tak menyesal. Tq to kak azie utk resepi :) 

Tuesday, August 18, 2015

Cara yg betul memasak Agar-agar sirap

Assalamualaikum

Since birthday amna bulan ogos, 2-3 hari lepas cikgu amna whatsapp bgtau majlis sambutan hari lahir bulan ogos akan diadakan hari rabu ni yakni esok 18-8-2015

Tahun lepas amna dh frust dah masa sambutan hari lahir tu dia ikut den g trip US.hihi

Walau berpantang, den sebagai ibu yg kenkonon mithali, cuba la sedaya upaya buat yg terbaik utk anak dara nan seorang itu :D

Cikgu amna minta sediakan 
✅meehun goreng
✅ kek - buat kek coklat guna resepi dr blog azie jaya. Nnt den share output dia. :p, pastu den tempah edible image dr sini
Nnt den share gambarnya ye :)

✅ goodie bag. Den cdg letak jajan + agar2. Agar2 ni la masalahnya. Sebab ikut pengalaman yg lepas2 mesti berkali2 cairkan agar2 tu baru dpt telstur yg dikehendaki :p agar2 sirap je pn, tp serius x reti nak agak sukatannya. 

Lalu den pn mengugel. Dan terjumpa blog ni
Setelah mencuba, puas hati dgn resepi ni sebab ia menjadi.Heksaited hakak :D

Jom tgk resepi

AGAR2 SIRAP
Agar2 tali 20gram
Air 2.1liter. 2.1 liter tau jgn lebih jgn kurang. Hehe
Gula pasir 1 1/2 cawan
Perasa sirap 1sudu besar
Daun pandan

Cara-caranya
Masak air hingga mendidih, masukkan agar2 tali yg dh dibasuh sekejap dan ditoskan.
Masak sampai agar2 larut
Masukkan gula, sirap dan daun pandan
Agak2 gula dah larut, tutup api. Siap!

Eh, jangan lupa pindahkan ke bekas yg nak dibekukan agar2 tu. hehe

Utk majlis ni, den letak dlm bekas kecik yg biasa org letak apa ek jual. Dpt la dlm 34bekas tu. so kalau korang nk buat bubuh dlm goodie bag gak, boleh la bajet2 kan :D

Nah payung gambar sikit 


Ok sampai situ dulu. Bai :) 

Monday, August 17, 2015

Review Bersalin di Hospital Kemaman

Assalamualaikum

Anak pertama bersalin di Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah
anak kedua sampai yg ke empat ni semua di Hospital Kemaman, Terengganu

asalnya plan nk bersalin di Hospital Keluarga, Kuala Terengganu. atas faktor boleh bawak anak2 sekali sementara menunggu selamat melahirkan. ye la, tak ada sape nak jaga budak2 ni. hehe

tapi oleh kerana kekangan masa tak sempat nak pergi check up masa perut 7bulan dan register ( masa tu abah budak2 ni outstation ke Gurun, Kedah selama 2 bulan) makanya terpaksala melupakan hasrat itu dan tawakkal je mudah2an proses melahirkan sekejap dan tak memerlukan budak2 ni ditinggalkan lama-lama

alhamdulillah, Allah permudahkan sungguh2 T_T

ok back to tajuk

2anak sebelum ni mmg bersalin kt hospital kemaman pn, servis bg den ok la. tak leh la nk expect dilayan bak permaisuri dah nama pn hospital kerajaan kan. hehe

tapi alhamdulillah nurse, doktor, midwife semua ok sgt. tak jumpa la yg laser2 ke apa ke. semua menjalankan tugas dengan penuh kasih sayang dan dedikasi giteww

apa yang den nk highlite kt sini adalah kekaguman terhadap kemudahan SELUAR BERSALIN ala mamapride. sat nk gugel gambaq :p

Image result for seluar bersalin mama pride 

ha seluar tu ala2 gini la. dalam menahan dan menelan kesakitan nak bersalin tu, datang nurse offer 'puan, puan nak pakai tak seluar ni? buka bahagian yg diperlukan sahaja. bla.. bla.. bla.. '( dia terangkan la pasal seluar ni) 

dalam hati, waaa bagusnya. terus la den setuju utk pakai sebab sebelum bersalin hari tu mmg ada hajat nk beli tp entah kenapa tak terbeli-beli. hihi

lepas bersalin, depa lap2 sikit je baby, terus letak atas badan dan biar selama sejam lebih jugak kot. kalau sebelum ni, depa letak kejap je, terus amik g bersihkan. ni sempat la menyusu 2-3round baru dibersihkan. 

pendapat peribadi, den terkagum la jugak.  byk yg dh improve since den bersalin ahmad ammar hari tu. bagusssss sgt!  den  bg 5 bintang! hihi

cumanya, hospital kerajaan, wad dok ramai2 kan. aurat kena jaga betul2 nak2 time melawat. tu je la. aurat, kt mana2 pn kena jaga, ye tak?

ok tu je nk citer. babai