Wednesday, August 19, 2015

Sambutan hari lahir Amna

Rentetan post sebelum ni. 

Hakak nk share output resepi yg dh dicuba. Hihi

Kek coklat mavelessssss dr sini
Hakak payung gambar sekali hokey



Tgn mmg kejung. Tu kira kreatip habis la tu. kuikuikui. Jadilah ye nakk

Edible image tu dh share kt mana order di entry sblm ni. 

Resepi agar2 pn dh share. Hehe

Kongsi sinj resepi kek coklat moist yg maveles 

Best Moist Chocolate Cake Ever

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
3/4 cawan serbuk koko Hershey's - hakak guna serbuk koko tak de cap je
2 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder (opsyenal)
2 biji telur saiz A - hakak guna 3biji gred B
1 sk garam
1 cawan buttermilk
1 cawan Mazola vege oil
1 1/2 sk vanilla extract
1 cawan air mendidih (atau 1 cawan air coffee/nescafe)

Cara Penyediaan : 

Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow baking).

Lenser loyang 9x13" dengan minyak dan tabur dengan sedikit tepung.  Saya guna 10x10. Atau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.

Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl. Putar pada kelajuan sederhana selama 1 minit, sebelum dimasukkan air panas atau air nescafe panas. Putar sehingga adunan sebati.

Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan.


Chocolate Ganache
4 oz chocolate chips
1/3 cup heavy cream
1 sk unsalted butter
1/8 sk garam

Pnaskan heavy cream tapi jangan sampai mendidih. Tuangkan ke dalam coklat chip dan tunggu hingga coklat chip mencair. Lepas tu, kacau sehingga sebati. Masukkan butter dan garam, kacau sebati. Bolehlah disapu pada kek yang telah disejukkan. Nota: Untuk kek 10x10, adunan ini perlu dibuat 2 adunan.


White Vanilla Icing - 
Hakak x buat pn yg ni. Hehe

Bahan bahan:
2 cawan powdered confectionay sugar
1/4 ketul butter - suhu bilik
1 sk vanilla extract
1/8 sk garam
2 1/2 sb susu

Masukkan gula dan butter ke dalam mixing bowl dan putar sehingga sebati dan kembang. Masukkan garam dan vanilla extract sambil terus diputar.

Akhir sekali, masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap adunan icing yang dikehendaki dan mudah disapu pada kek.


Buttermilk
Susu segar
1 sb white vinegar atau lemon juice

Masukkan white vinegar atau lemon ke dalam cawan. Tuangkan susu sehingga mencapai sukatan 1 cawan. Kacau rata.

Biarkan selama 5 minit dan sedia untuk digunakan.


Simple tapi sedapp. Cuba la ye. Pasti tak menyesal. Tq to kak azie utk resepi :) 

0 comments: