Sunday, September 27, 2015

Resepi Brownies Kedut Simple

Biasa hakak buat brownies guna resepi ambil di blog azlita masam manis. Kali ni cuba guna resepi yg lintas di wall beberapa hari lepas. Tapi telah diubahsuai ikut bahan yg ada di dapur hakak pada ketika itu

Resepi ni SESUAI UTK ORG YANG MALAS NK BASUH BEKAS BANYAK2. Muahaha
Sebab resepi ni x perlukan kita cairkan coklat + butter dahulu. Semuanya kacau terus periuk ikut step. Hakak suka! 

Menjadi dan sedapp

BROWNIES KEDUT CHEWY FUDGY VERSI HAKAK ANI

Bahan A
100g butter pada suhu bilik ( hakak guna butter anchor)
100gram gula biasa ( hakak guna brown sugar organic)
90gram gula perang ( pun hakak guna brown sugar organic)
2biji Telur gred A 

Bahan B
130gram semisweet choc bar ( hakak guna brand Beryls)
Potong kecik2 supaya cepat cair

Secubit nescafe ( kt umah ni ada plak tersesat nescafe stick mak hakak bawak balik dr hotel rasanya.muahaha)

Bahan C
100gram tepung gandum
40gram serbuk koko
(Ayak 2 ni letak tepi)
Secubit garam

Guna periuk yg tebal sikit utk haba yg sekata. Hakak guna kuali je 

Cara2nya
Masak bahan A KECUALI TELUR atas api sederhana sampai butter cair dan agak likat. Kacau selalu utk elakkan gula jadi caramelize. Tutup api. Agak2 dlm 2-3minit lepas tutup api, masukkan telur. Kacau dgn whisk utk bg sekata

Masukkan bahan B sampai semua coklat mencair. Kalau lambat sangat cair, letak atas api jap. Haha. Tutup api balik

Masukkan bahan C kacau sekata. Boleh dh prepare loyang. Hakak guna loyang 7x7 bakar suhu 160darjah selama 25minit bergantung kepada oven masing2

Boleh tabur walnut ke almond ke choc chip ke kt atas utk menambahkan lg ksedapan. 

Siap bakar, tggu sejuk dh boleh potong n ngap!

Wednesday, September 16, 2015

Sukaneka Pasti Annasihah

I'm Alkisah sabtu lepas. Sukaneka pasti tempat umar belajar hihi

Umar masuk tiup belon n pecahkan je

Abahnya cerita tiup tak besar2 belonnya.kikiki

Memang tak pandai tiup pn. Tak pe umar nanti mama train sampai pandai tiup belon tau! 

Layan gambar je k?




Eh? Tu je gambar? Mana gambar tiup belon? Hahaha

Harap amna je ambil gambar ni. Mesti masa umar tiup belon dia sibuk bersorak. Lupa amik gambar lettew.kikiki


Ok la. Till then. Babai :D



Saturday, September 12, 2015

@ Turkiye - Tiket Airlines

Idokla tips sgt pn. Hakak pn newbie lg dalam arena travelling ni. Hehe

Cari tiket murah
Tips nya adalah cari 2-3bulan awal. Haha tips la sgttt. Hakak dh mula mensurvey tiket since bulan 12 walau april tu baru nak pergi. Pernah terrrnampak offer dr Etihad Rm19++ return. Tp time tu kenapalaaa tak beli entah T_T

Hakak gigih tau check semua website airline hampir setiap hari.haha :D

Maklumla melangut je kt rumah kannn.. 
Etihad
Emirates
Mas
Turkish Airlines

Tu antara airlines yang selalu diperiksa lah

Lastly hakak beli tiket berdua dgn anakanda return dgn harga kt bawah ni. Gigih tu simpan lg gambaq ni. Haha



Ok la kot. Tunggu2 lg takut makin mahal plak. Beli tu dalam mid feb.

Kalau korang dekat, dan berpeluang jenguk2 Matta Fair, dengar cerita murah2 gak tiket time fair tu. Biasanya diadakan pada Mac dan Sept. So boleh la survey2 kan

Hakak ni nak menapak ke sana hmmm baiklah beli online jerk. Hehe

Ok soon sambung cerita perjalanan kembara hakak selama 12hari di Turki k. Stay tuned!

;)

Friday, September 11, 2015

Jangan Ambil Vit C, MEMBAZIR!

Jangan baca tajuk je tauuu. hehehe

poster anak buah saya buat :)
korang pengamal supplemen vit c? berapa mg vit c korang tu? ada formula pelepasan berperingkatan tak? atau orang kampung hakak kata Sustained Release, giteww.

penting tau formula ni, sebab body kita serap vit c 100-200mg je dalam masa sejam. kalau tak ada formula ni, tablet tu ada 1000mg vit c pn tarak gunanya. body akan singkir melalui urin. membazir je beli mahal2 kannnnn


hakak percaya ramai je wanita2 cantikss yang membaca ni amalkan amik vit c sebagai rutin harian kan. kann kann.. kalau dak tidaklah ia terkenal sebagai vitamin kecantikan. siap orang sanggup suntik2 youuu. seramm tengok jarumm

ye la, manusia ni tak macam arnab. arnab dia boleh produce vit c sendiri, so tak perlu arnab tu makan oren. tak heran la kalau dia asyik makan carrot je. eh?

manusia tak boleh produce vit c sendiri, jadi PERLU ambil dari pemakanan. 


udahla tak dapat produce sendiri, pulak tu tak simpan dalam tubuh. pulak tu sejam serap 100-200mg je. makanya itu tanda TAK BOLEH SKIP VITAMIN C walau apa pun. okay?

selain untuk cantik, vit c ni fungsi dia untuk protect sel tubuh. so tak heran la kalau tak sihat ke selsema ke demam ke, kalau pergi minta nasihat doktor, doktor suruh ambil vit c  kan? atau suruh makan byk2 makanan yg kaya vit c. tingkatkan antibodi dan salah satu vit yang berperanan sebagai antioksida dalam tubuh. lawan radikal bebas gitew.


thats why lah, vitamin c shaklee antara most favorite supplement hakak :D

kesan dia
kulit tak sensitif-jerawat kdg2 naik la jugak time2 bulan mengambang tapi senang surut
parut segan nak hinggap
jarang sakit. kalau demam ke apa cepat je baik. dengan izin ALlah :)

nak tau lagi kesan vit c kt pengguna2nya tnya pakcik gugel je lah ye!

okay la tu je nak citer. terima kasih sudi membaca!

babai






----------------------------------------------------------
INFO & ORDER 
Ani Ahmad
013.518.8860
ani-ahmad.blogspot.com
----------------------------------------------------------

Thursday, September 10, 2015

Shaklee - bukan sebarang OBSESI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

sebut je M-L-M ramai orng menyampah kan? termasuklah hakak pada suatu ketika dulu

sebab sepanjang menuju kedewasaan(acewah) ini, beberapa kali di approach oleh kawan-rakan mahupun sekolah atau sekerja untuk turut serta bersama mereka didalam biz-buat loan-20k-tak payah jual barang-tak payah cari orang-upline carikan-atau ajak kawan2-takpayah cakap apa-nanti upline cakapkan. panjang bebenor istilah tu kan.hihi

yup, seriously, sangat menyampah. setiap kali diapproach setiap kali itulah mengelak. sampai terpaksa beli barang yang depa tu juai sebab penat bagi alasan. *sigh*

shaklee ni pn, kalau dari awal tau M-L-M awal2 lagi hakak dah lari kot. see punya menyampah sebab dh otak dah set 1 tanggapan yang tak baik pasal M-L-M.

malangnya (acewah malang tu) masa hakak join tu tak tahu shaklee ni M-L-M. sebab masa hakak nak beli barang tu, elok je seller tu layan. tak de pn paksa join. bukan sahaja tak paksa. ajak pun tidak. hahaha

hakak mula kenal shaklee kisah dah cerita kat sini dan sini. cerita tu tergantung tu. tak habis lagi,wakakaka. tapi asal kenal shaklee adalah sebab PRODUK. sebab tu tak tau shaklee M-L-M walau dh bertapak kt Malaysia lebih 20 tahun dah. ye la hakak dulu2 dok felda, org felda tak kenal kot supplement2 ni semua. kikiki

bila dh daftar jadi ahli barulah tahu. oooooooo shaklee ni MLM rupanyaaa.. lepas tu buku marketing plan tu baca la jugak masa mula2 dapat tu. tapi haramm tak faham. hihi sehinggalah masa tu Nanny shaklee hakak turun ke kuantan. baruuuu faham bagaimana sistem MLM shaklee.

so nak ceita la in general buat sesiapa yang rasa nak baca. tanpa prejudis ya ;) peace


HARGA PRODUK

benda yang paling menarik dalam shaklee adalah TIADA BIROKRASI. eh entah tepat ke tidak term tu.hihi. layannn

hakak sempat mengkaji marketing plan MLM company X. kena beli sekian2 jumlah baru dapat sekian2 harga. makin banyak jumlah yang dibeli, barulah makin banyak untung yang dapat. 

tapi dalam Shaklee, SEMUA ORANG beli produk pada harga yang sama. beli Rm100 pn dpt harga sama. beli RM10k pn pada harga yang sama. untung runcit hanya dinikmati setelah produk sampai kepada pelanggan. TIADA untung runcit diambil dari downline. menarik kan? :)

NO STOKIS. tak ada sistem stokis atau yang sewaktu denganya dlm shaklee :) 

walau hang rank master atau tak ada rank sekalipun, harga tetap SAMA :)

MODAL

hakak mulakan biz shaklee dengan modal paling minimun iaitu yuran pendaftaran RM65 sahaja. sedih sgt sebab tak tahu nak buat loan kt bank mana untuk mdal itu. hahaha. ok itu sarcasm. 

serius, hakak mula dengan apa yang hakak ada je. dari yuran pendaftaran tu, upline hakak tak dapat apa2 pn. 

tak dinafikan dalam shaklee pn, ada grup yang mengamalkan sistem 'beli rank' yakni tetapkan ahli baru yang nk join perlu sediakan sekian2 modal. tak nafi, memang ada. 

tapi itu bukan salah sistem MLM. tu salah org tu yg menyalahgunakan sistem untuk kepentingan sendiri. nak cepat naik rank, nak cepat dapat bonus besar. :) grup kami, berani jamin, inshaALlah BEBAS benda2 macam ni :)


hmmm apa lagi nak cerita ye. nanti la dah ingat sambung lagi. hihihi

till then, babai

thanks for reading!



---------------------------------------------------------
INFO & ORDER 
Ani Ahmad
013.518.8860
ani-ahmad.blogspot.com
----------------------------------------------------------

Wednesday, September 9, 2015

Petua Hilang Batuk Pada Bayi dan Kanak2

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

sejak seminggu lepas kakak dan abang2 batuk berjemaah. mak risau jangkit ke baby.

selalu kalau depa ni batuk, mak bg makan omega guard je banyak2 dan nutriferon. inshaALlah kalau ada kahak pn cepat je cair kahak dan baik batuknya. hehe

tapiii..ini baby
cmne nk bg baby makan omega??

maknya la kena makan banyak2 kan. tapi maknya nak batuk tu hilang dengan kadar segera! kesian sgt aih tgk baby batuk.huwaaa

jom tengok apa lagi alternatif lain yang boleh ikhtiarkan!

1. Madu Asli
selama ni, madu asli memang ''ubat batuk' kami sefamily. jarang2 kami amik ubat batuk klinik mahupun farmasi. caranya adalah campurkan madu asli dengan perahan lemon atau limau nipis. pekat2. terus telan. jangan minum air selepas telan. bertahannnn.. bagi campuran tu lalu kt tekak dulu. inshaAllah beberapa kali buat ni, batuk akan baik.

the problem is, baby. cmne nk bg baby sebulan makan madu? huwaaaa again

2. Kunyit Hidup atau Bawang Putih
ok cara ni boleh try kat baby.

kunyit hidup tu, gosok kt mana2 permukaan kasar untuk dapatkan serbuk tu, campur dengan minyak masak then sapu kat dada baby.

bawang utih plak, bakar, tapi jangan sampai hangit. hancurkan dan cmpur dengan minyak juga sapu kt belakang badan dan dada baby.

3. Daun Kaduk
ok ini ilmu baru hakak dapat.hehe. nnt boleh try
ramas daun kaduk dengan kapur sirih. kapur makan la maksudnya. then sapu pada dada dan perut baby. katanya kahak akan keluar bersama najis

4.Kismis
ok ini applicable untuk kanak2 yang dah pandai kunyah. kunyah 21biji kismis setiap hari inshaALlah membantu batuk hilang. ni pn hakak tak pernah buat. nnt bolehla try

5.Daun Bunga Tahi Ayam
sama mcm daun kaduk tadi, ramas dengan kapur sirih sampai berlendir.sapu kat dada dan leher baby.
mana la nak cari pokok tahi ayam sini ek? nursery ada kot?

6. Gula Melaka
Baru tau gak ni. potong kecik2 dan bagi anak makan macam gula2. bagus untuk hilangkan batuk berkahak yang berpanjang pada kanak2. ok nnt kita try!

7. Pucuk  Ubi
ni pun sama dengan daun kaduk dan daun bunga tahi ayam tadi. ramas dengan air kapur sampai keluar lendir, sapu kat leher dada dan belakang badan.

sumber

ok tu antara ikhtiar guna bahan semualajadi yag boleh usahakan untuk baby. tapi biasanya hakak bagi omega guard je kat bebudak ni dan guna cara 1 tu je. so far memang sangat berkesan untuk kami sekeluarga. cumanya baby ni, tak boleh makan lagi, maka maknya kena cuba cara yang lain tu!

doakan baby Adib cepat sembuh ya!

Terima kasih! T_T




----------------------------------------------------------
INFO & ORDER 
Ani Ahmad
013.518.8860
ani-ahmad.blogspot.com
----------------------------------------------------------

Korang Tau Tak

kat fb sekarang anak didik dan rakan2 shaklee tgh mabuk 'korang tau tak'

idea asal projek ni oleh mama cery, projek ni secara kasarnya kitorang digalakkan buat poster yg memuatkan fakta2 ringkas berkaitan apa2 sahaja.

tujuannya nak tanam sikap suka membaca dan cari info. ye la nak tulis fakta kena cari kan? bukan boleh main sebarang taip.

nah hakak belanja antara poster yg menarik
kalau nak tgk lg banyak korang search je hastag #kttshaklee atau #korangtautakshaklee kat fb atau instagram






best kan? hehe. tu hakak amik poster yg kawan2 hakak buat. kalau nak tgk yang hakak buat tgk sini

haa tu je nk citer dgn korang. till then. babai..

thanks for reading!

----------------------------------------------------------
INFO & ORDER 
Ani Ahmad
013.518.8860
ani-ahmad.blogspot.com
----------------------------------------------------------

Tuesday, September 8, 2015

6 Makanan Elak Jadi Pelupa

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

jumpa dari pakcik gugel, tulis dalam nota, tapi lupa nak sain link sumbernya. huwa huwa

makanya hakak kongsikan tanpa memberikan kredit kepada pemilik asal post berkenaan. maafkan saya tuan post :'(

6 Makanan Untuk Elak Jadi Pelupa


1. Avakado
terkenal dengan makanan yang tinggi khasiat kan? dikatakan kandungan asid oleik yang tinggi dalam avacado boleh lindungi saraf neuron kita selain tingkatkan aliran darah ke dalam otak.

2. Blueberry
dikatakan dikenali dengan nama pena yakni 'brainberries'. katanya mempunyai antioksidan yang paling tinggi di kalangan buah buahan. Digunakan bagi merawat penyakit Alzheimer a.k.a nyanyuk

3. Kacang
kekacang memang well known dah bagus untuk otak kan? ianya boleh menstabilkan aras kandungan gula dalam badan sekaligus meningkatkan fungsi otak. Bonusss amal makan kekacang adalah membantu meningkatkan kadar metabolisma!

4. Bijirin dan Bijian
selain tinggi dengan kandungan fiber, ia juga dapat membekalkan vitamin dan mineral yang tinggi untuk badan. kandungan lemak omeganya mampu meningkatkan lagi kemampuan otak ke tahap maksimum

5. Ikan salmon liar
(jenuh nak cari kat malaysia ni) haha. opss
ikan salmon memang antara ikan yang terkenal dengan kandungan Omega-3, vitamin B dan asid amino yang tinggi kan. lantas menjadikan ia antara makanan teratas di dalam carta untuk meningkatkan keupayaan kognitif.

6. Coklat Hitam
coklat juga terbukti sebagai antioksidan yang tinggi. dikatakan ia juga mampu membantu fokus, meningkatkan konsentrasi dan merangsang penghasilan endorfin yang membantu membina otak yang sihat.

hmmm hmm hmmm..

shaklee tak ada ke product yang boleh membantu?
hado..hado.. nah hakak payung



omega guard shaklee ni dah melalui 3kali peringat penyulingan untuk remove all the harmfull compounds yg ada dalam laut dalam nuu
boleh tengok kat sini tau

dannnn.. memang banyak je brand jual kt pasaran. tapi kenapa hakak pilih Omega Guard Shaklee? ni la sebab dia. hehe. tak berpaling dah!


so pasni hakak terpaksa la konsisten telan omega setiap hari tanpa gagal! demi mengelakkan kenyayukan skrg ini cepat2 hilang. hehe. 

k lah. babai





----------------------------------------------------------
INFO & ORDER 
Ani Ahmad
013.518.8860
ani-ahmad.blogspot.com
----------------------------------------------------------

Monday, September 7, 2015

Pelupa Selepas Bersalin


assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

bila nak tulis borang untuk shipment, tercari2 handphone nak tengok hari dan tarikh

selalu tergagau2 cari kunci rumah dan kunci kereta?

lupa handphone letak kat mana

pergi ke dapur dengan lajunya tapi bila dah sampai tergaru2 kepala nak buat apa sebenarnya?

pernah jadi gini tak? hahaha

hakak sedang mengalaminya sekarang.

paling kronik, lupa yang diri belum mandi! opsss! tak tau nak nangis ke nak gelak :D

kenapa ye?

ramai yang biasa cakap ' lepas bersalin biasa la tu, urat putus'

urat mana la yang putus tu kannn

tapi tak perlu risau ye ibu2, pelupa lepas bersalin ni NORMAL kata pakar.

baca kat sini

penyakit ni dinamakan mumnesia. 

siap dah ada kajian dah yang dijalankan dan menyenaraikan beberapa perkara yang mungkin jadi faktor peyakit ni

1. Perubahan hormon
paras hormon estrogen berubah secara mendadak dari paras yang sangat tinggi ketika hujung kehamilan kepada kosong selepas melahirkan. hormon estrogen ni bukan penting untuk kesuburan sahaja, tetapi juga sebagai neurtransmitter yang menghantar isyarat ke otak

2. Keutamaan ibu

selepas melahirkan, keutamaan ibu adalah bayi yang bari dilahirkan berbanding perkara perkara yang lain. ia adalah tindakbalas bawah sedar semulajadi seorang ibu. perkara2 lain yang bukan prioriti tak diaktifkan di dalam minda. 

3. Keletihan / kurang rehat
perkara biasa yang dilalui oleh setiap ibu yang baru melahirkan. siang mengantuk malam berjaga. kurang tidur menyebabkan keletihan dan keletihan akan menyebabkan kebolehan mengingat banyak perkara itu berkurang. 

sooo.. selepas baca ni tak perlu risau lagi ok? pelupa selepas bersalin tu NORMAL. hehe

nak tau makanan yang boleh diamalkan untuk elak jadi pelupa? boleh baca kat sini


baca tau! terima kasih sudi membaca :)

sampai jumpa lagi. bai


----------------------------------------------------------
INFO & ORDER 
Ani Ahmad
013.518.8860
ani-ahmad.blogspot.com
----------------------------------------------------------

Sunday, September 6, 2015

Sembelit bawa maut!

assalamualaikum

semalam terbaca kisah seram ni. semalam lagi. mak tang gini lah.. dapat idea nk update blog bukan boleh dan dan tu jugak terus update. banyak halangan dan kekangan. kikiki

ok berbalik cerita tadi, sangat horor ok.

5kg najis dalam usus?? woww! sangattt

itu kesan setelah 10tahun SEMBELIT. fuhhh. nauzubillahiminzalik

sembelit jangan pandang ringan tau. memangla macam tak ada apa2, berak je kottt. tapi cuba bayangkan, asyik makan makan makan makan je, yang keluarnya tak ada. benda yang kita makan tu berkumpul kat mana? erkkk

bila kumpul lama2 itu yang jadi toksin balik kt tubuh. penting kena detox.

teringat sorang adik nurse yang datang check up adib masa adib 10 hari, hari tu. beliau mengadu susah membuang, maka hakak pun sajes amik HERBALAX. lepas 10 hari, yakni masa beliau datang rumah untuk check up adib 20 hari, seronokkk beliau bercerita. badan rasa ringan. perut rasa kempis. beliau cerita jugak masa mula2 amik herbalax tu, najis yang keluar berlendir2 hitam! yuksss. geli kan membayangkan? cuba bayangkan kalau benda tu duduk dalam usus tak keluar2? erkkk

sape2 yang ada masalah membuang ni kan, hakak sangat sangat lah nak rekemen ambil herbalax ni. inshaAllah sangat sangat membantu kalian. hakak nak kongsi beberapa review pengguna yang bermasalah dan alhamdulillah berjaya menyelesaikan masalah mereka



fokus pada masalah sembelit tu tau. bukan tang kurus tu. kurus tu bonuss 





kalau korang ada masalah ni, dan nak cuba product ni, jangan memalu contact hakak tau. jangan biarkan diri anda di selubungi kegelisahan yang tak berkesudahann.. hew hew hew

----------------------------------------------------------
INFO & ORDER 
Ani Ahmad
013.518.8860
ani-ahmad.blogspot.com
----------------------------------------------------------

Energizing Soy Protein- buah hati saya

Assalamualaikum. 

TAHU TAK?
__________________________________
1- Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita.
2- Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.
3- Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti:-
-Membina sel-sel baru
-Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru
-Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru






KENAPA ESP SHAKLEE?
-------------------------------
~Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.
~Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol.
~Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif.
~Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna.
~Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
~Kandungan lemak sangat minum iaitu (1gm)
~Tanpa laktosa~ Kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.
~Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.
~Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
~‘Versatile’ kerana boleh dicampur dengan sebarang minuman kecuali kopi dan teh.

KELEBIHAN SHAKLEE ESP UNTUK ANDA
---------------------------------------------
1) Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
2) Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
3) Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
4) Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
5) Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan. Testimoni sebenar dari rakan saya yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 7kg dalam masa kurang dari sebulan hanya dengan ESP.
6) Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak
7) Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
8) Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum
9) Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP bantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus menaikkan tahap kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil.
10) Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.


SIAPA YANG PERLU AMBIL ESP
-----------------------------------------
1) Ibu yang sedang hamil
2) Ibu yang sedang menyusukan anak
3) Orang yang ingin mengurangkan berat badan
4) Orang yang sentiasa inginkan kulit yang cantik
5) Orang yang baru lepas menjalani pembedahan
6) Orang yang inginkan kesihatan optimum
7) Orang yang ada masalah kesuburan
8) Sesiapa sahaja yang menginginkan taraf kesihatan yang lebih baik………….

Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran?

baca sini




----------------------------------------------------------
 INFO & ORDER
 Ani Ahmad
013.518.8860
ani-ahmad.blogspot.com
 ----------------------------------------------------------

Saturday, September 5, 2015

Jangan Tidur Selagi...

Assalamualaikum

kisah beberapa hari lepas. baru nk share.hihi
selalu dengar kisah orang sembelit ataupun susah nk membuang masa mengandung dan pantang kan?
hakak pernah rasa masa anak pertama dan kedua dulu. memang serik! fuhhh

tapi sejak lepas pantang, mula kenal benda alah yg magik dan banyak membantu dalam hal pembuangan ni, hakak memang tak tinggal dia. teman sejati giteww ^_^

alkisah 2 ke 3 hari lepas tidurkan baby dulu hajat nak bangun untuk supper. ye la ibu menyusu kan cepat lapaq. makannnn je kejenya. complete 5kali sehari tau. hehe

sekaliiii dengan hakak terlelap. sedar2 dalam pkul 2 cmtu kot, malas la nk bangun ke dapur. jadinya malam tu terskip la buah hati hakak si ostematrik itu.

maka keesokkan harinya, hmm hmm hmmm.. hazabanar nak membuang. rasa nak nangis! huwaaaa

tobat dah nak tidur selagi belum telan at least 4biji tablet putih ni. kiikiki


sila tumpukan perhatian kepada word lawas tu ye. penting tu! 


ok, selain bab lawas, bab gigi tak luruh tu memang hakak alami sendiri. lepas bersalin umar ( anak kedua) asyik la terserpih gigi nak2 kalau tengah mengunyah benda yg keras sikit. macam kacang ke. horor ok.

ye la kan, badan orang pompuan ni, masa mengandung, baby amik keperluan kalsium dari tubuh ibu. jadi sangat2 lah penting si ibu amik makanan yang tinggi kalsium untuk menampung keperluan kalsium tubuh ibu dan anak yang dikandung tu. 

lepas konsisten dengan ostematrix ni, tak ada dah episod2 horor gigi terserpih semasa mengunyah.haha


nak kongsi la sikit review pengguna yang si tablet putih ni dah selesaikan masalah mereka dengan izin Allah :)





jika ia dah membantu beribu orang menyelesaikan masalah mereka, why not kita cuba kan? ;)

----------------------------------------------------------
INFO & ORDER
 Ani Ahmad
 013.518.8860
ani-ahmad.blogspot.com
----------------------------------------------------------

Thursday, September 3, 2015

Peluang ke BANGKOK - PERCUMA!

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Pagi tadi seluruh Malaysia digegarkan dgn berita trip percuma ke Bangkok untuk semua sid dengan syarat tertentulah kan.

Apa yang menarik adalah, trip percuma ini ditawarkan untuk sid yang baru bermula. Yang baru rank supervisor atau yang baru daftar!

Sebelum2 ni, untuk melayakkan diri menyertai trip ke luar negara ni, ikut kiraan point. sekian rank sekian point. Dan ofkos la lagi tinggi rank lagi tinggi pointnya kan. Kebiasaanya, seseorang perngedar perlu capai rank sekurang2nya coordinator untuk melayakkan diri ke trip luar negara sebab mula rank coordinator ni point dah agak besar

tapi sekarang, rank supervisor, senior supervisor pun berpeluang! ohoiii

hakak tak berpeluang menyertai trip ni kerana syarat yang dah digariskan, hakak tergolong dalam orang2 yang tak qualified. jadiiiiii marilah kita membantu lebih ramai anak cucu layak ke free trip ni!


hakak tak pernah sampai Bangkok lagi uols 
eh korang yang baca ni, kalau belum join shaklee, pun berpeluang dapat free trip ni tau? jangan memalu tanya tau? hakak siap sedia membantu, inshaAllah

dan tolong doakan ye, moga anak cucu team eXcellentLegacy ramai2 layak ke trip ni ya? macehh ^_^

tu je nk citer. bye


----------------------------------------------------------
INFO & ORDER
Ani Ahmad
013.518.8860
ani-ahmad.blogspot.com
----------------------------------------------------------

Wednesday, September 2, 2015

Kek Sarang Semut Noxxa

Alkisah petang semalam budak2 asyik lapaq. Dan maknya pn teringat2 nak makan kek gula hangus. ( dalam pantang boleh makan ke eh? Haha)

Maka ketung ketang kt dapur dalam 45minit je siap dah keknya

Resepi ni hakak dh adjust ikut suka dan bahan yang ada kt rumah hakak ni tau.kekeke

Bahan A
1 1/2 cawan gula
2cawan air panas
3sudu besar butter

Masak gula atas dapur dengan api perlahan sampai hangus. Seeloknya guna non stick pan supaya x melekat. Hakak masak gula pn dalam periuk noxxa gak guna function stir fry. Hehe

Bila gula dh hncur dan hangus, tutup api, masukkan air slow2 nnt kang dia meletus. Kacau sebati then masuk butter.  Sejukkan

Bahan B
5biji telur gred A
1sudu teh esen vanilla
1/2 cawan susu pekat
2cwn tepung gandum
2sudu teh soda bikarbonat

Kacau manja telur, masukkan esen, susu,    Bhn A tadi dan tepung + soda

Kacau sebati. Tapis n tuang dalam inner noxxa. Tekan function steam 20minit. Siap!

Ikut resepi asal suruh perap 4-5jam. Hakak x dan memerap. Sebab nak cepat makan kekdahnya.kuikui

Maka ini hasilnya. Jeng jeng jeng.. 




Ok la. Nampak jugak sarangnya walau x peram. Hehe

Selamat mencuba!

Pesana penaja :

Dapatkan Isolate soy protein dgn hakak bulan ni sebab ada tawaran peribadi istimewa tau. Iklan sikit. Hehe


Bagus sangat untuk ibu hamil, berpantang dan menyusu! 


Till then. Babai 😘😘😘

Terima kasih kerana membaca








Monday, August 31, 2015

Cadangan Set Kesuburan Untuk Para Suami

Assalamualaikum w.b.t

Bila berbicara soal kesuburan, result adalah hak ALlah. Sebagai hamba, hak yang wajib kita tunaikan untuk diri ada - Usaha :)

Antara ikhtiar yag boleh dicuba, mengamalkan pengambilan makanan tambahan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti penghasilan 'benih' 

 Produk shaklee yang biasanya dicadangkan untuk tujuan ini adalah

Vitamin E

Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Salman Azhar yang diterbitkan di "The Encyclopedia of Vitamin E" mengatakan kekurangan Vit E boleh menyumbang kepada kerosakan kantung zakar. Ianya akan menghalang rembesan hormonyang diperlukan untuk penghasilan sperma.

 Vitamin E juga dikatakan memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti (bentuk) dan pergerakan (motility) sperma
sumber


Rajah menunjukkan perbezaan sperma sihat dan sebaliknya








 Zinc

Kajian menunjukkan zinc memainkan peranan penting dalam menentukan kuantiti sperma yang dihasilkan oleh seseorang lelaki. 
sumber


 fuhh berpeluh hakak mengarang artikel ilmiah giteww. pendek kata, nak mudah faham, vit e tu menyumbang kepada kualiti sperma tu yakni bentuk dia, pendek ke panjang ke. yg sihat tu panjang supaya dia boleh berenang laju. Dan juga menyumbang kepada pergeraakan, kalau tak cukup vitamin E ibaratnya dia tak fokus, asyik nak melencong je akibatnya tak sampai kat sasaran. haha. paham?

yang zinc ni plak, kalau kurang zinc, sperm yg dihasilkan sikit je, bila sikit chances tu makin kurang la kan. hehe


cuba bayangkan kalau kedua-dua nutrien penting ni kurang, dah la sikit je peserta, pastu semua tak sihat, pendek2,bergulung2,  pastu tak fokus pulak, orang suruh pergi ke sasaran yang lurus, dia asyik melelong je.. mana la nk bertemu dengan si ovum tu kan kan? haha

paham? tak paham tanya hakak okeh?
013.518.8860

 

Saturday, August 29, 2015

Facial?

korang pernah g buat facial?

sape geng dengan hakak? jenis yang tak stick pada sejenis brand pencuci muka je. lepas habis satu, hakak try produk lain plak. sebut la apa jenis pencuci yang jual kt farmasi ke, pasaraya ke, inshaAllah semua hakak dah pernah cuba. shurah? safi? eversoft? eh banyak lagi la sampai tak terrecall.hihi. sampailaaaa hakak kenal produk ni :D

Hakak tak pernah pergi facial tau. jadi tak tahu apa depa buat masa facial tu. kikiki
Tapi kalau nk suruh hakak demo product shaklee ni kt muka korang, hakak memang konpiden habis!
Sebab dah merasai sendiri kan. Memang superbbb! Puas hati!



Ada review kata kalah **II, wallahualam la sebab hakak pun tak pernah guna **II tu.kikiki
Rutin setiap kali mandi, tonyoh muka dengan make up remover untuk buang kulit mati, daki2 dan kotoran. Ye lah hakak kan surirumah, chores kt rumah ni memang bikin muka dan badan melekit2 kan.conpem berdaki. lols

walaupun hakak memang jenis tak bermekap, tp personally hakak rasa make up remover ni perlu sebab memang rasa beza lah cuci muka guna make up remover dulu vs tak guna.

Lepas tonyoh tu, bilas dengan air. Ya Allah rasa kulit "bebas!" Tak reti nak describe. Mehla sini hakak nak bg sample try. Haha

Lepas tu, cuci dengan pencuci muka shaklee ni plak. nama dia hok shaklee bagi adalah Gentle Deep Foaming Cleanser.Gentle uuu. memang lembutttt mencuci kulit ni. hehe. Best sgt!  Picit sikit je, bersihhhh je rasa muka.

The best part is, 1 tube ni, tahan laaaaamaaa gilos. Hakak share dengan somi pn tahan 3-4bulan.
Eh pendek kata berbaloi baloi la dengan harga jika nak dibandingkan dgn kualiti dan kuantiti 👍🏻👍🏻

yang best lagi kan, sikit pun tak rasa kering ke rengsa ke sebab tak ada chemical berbahaya digunakan dalam produk ni tau. semua guna bahan semulajadi je. dijamin selamat berkesan mesra alam giteww. hehe


utk info dan order jgn segan contact hakak, okay?
013.518.8860

 sampai situ dulu, babai :D

Thursday, August 27, 2015

Umrah Dengan Baby

Assalamualaikum

Walaupun dah lama hakak pergi umrah, sekarang baru nak post entry. tak kisah la kan. moga membantu la para ibu atau bapa yang mungkin tengah cari info pasal ni macam hakak tergugel2 masa nak pergi umrah dulu. kikikiki

ok akk pergi umrah dengan membawa bersama ketiga-tiga anak pada masa itu. Februari 2014. Ahmad Ammar masa tu baru 2bulan lebih. Umar - 3tahun , Amna - 5 tahun. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.

entry ni cerita pasal baby je tau. tak de la tips sangat pn. sebab main redah je hakak pn. kuikui

bila terlibat dengan baby je, ofkos banyak benda kena consider untuk distandby sebab ye la, baby buatnya dia nangis tak berenti bukannya dia reti cakap nak habaq apa yang tak kena. ye dak? so semua keperluan silalah list awal2 siap2. hehe

ahli rombongan. kami + mak :) berdebar2 masa ni
Antaranya 
  • Diapers
kat sana dengarnya mahal kalau nak beli. so hakak memang standby bawak banyak siap2. masa tu untuk amna dan umar pn hakak standby diapers kot2 emergency buatnya depa nk terkucil kt tempat yang susah nak cari tandas ke, tak ada tandas ke tak ke haru. hehe. seingat2 hakak 1 luggage tu memang semua letak diapers je. hihi

  • Pakaian
masa hakak sefamily pergi tu, masih musim sejuk. jadi standby la jugak sweater 2helai, stokin tebal, siap sarung tangan tau. kikiki. Since musim sejuk, hakak bawak semua baju lengan panjang je. 
baby - serba 9pasang
umar - seluar panjang 7helai
         -baju lengan panjang 7helai
amna -  jubah 2 helai
         - tshirt lengan panjang 7helai
         - seluar 7 helai
         - tudung 5 helai

ni je bag kami 5 beranak.. Luggage coklat tu letk diapers + makanan sahaja :D

  • Makanan
since masa tu baby tak makan lagi, hakak standby makanan untuk umar n amna je. sebab tak leh bayang lagi makanan kt sana macamana kan tapi hakak bawak biskut2 je. kot2 lapaq time bukan orang jamu makan, boleh bg depa makan biskut tu dulu.

  • Ubat-ubatan
Nama pun budak kan, perubahan cuaca, persekitaran pn boleh effect kesihatan. so standby la siap2 sebab semasa dok mengugel tu, baca time tu kt Mekah tengah giat pembinaan, habuk2 banyak dan ubat kt sana sangat mahal. hakak tak de bawak apa sangat. bawak panadol, minyak angin panas je. Hakak standby Performance Drink shaklee- untuk elak dehidrasi. ye lah kot kurang minum air ke apa kan. hakak bawak juga , Nutriferon shaklee - untuk upkan antibodi secara semulajadi. Vitamin C shaklee dan Garlic jugak . alhamdulillah la sepanjang kat sana semua sihat dan kuat :D

opss. kalau nak beli product2 tu boleh beli dengan hakak tau. sempattt tuu promoteee.kohkohkoh

  • Bantal & Toto nipis
haa siap highligt asing ni. kikiki. iye, jangan lupa tau. sebab nanti masa nak solat, selesa la sikit baby dok kt sebelah tu. hehe. 
bantal kecik. lapik dgn trench coat + kain batik je bagi dia tdo
  • Baby Carrier
 sangat2 membantu ketika bersesak nak masuk kluar masjid, masa ziarah, masa tawaf ke saei ke. sangat sangat sangattt membantu. hakak pakai ringsling je masa tu sebab baby kecik lg nk pakai ssc. tulang lembut lagi. hihi.

jumpsac ringsling

hmm bab kendong baby masa tawaf, saei. sebelum pergi tu ada la mintak pendapat beberapa orang ustaz dan mutawif sekali. sebab tanya pakcik gugel banyak sangat pendapat :D

sebagai kesimpulan dan apa yang hakak yakini, baby lelaki boleh kendong semasa tawaf dengan syarat dah dikhatankan, dibersihkan najis sebelum tawaf dan segerakan tawaf. 

jadinya sebelum tawaf tu, basuh dan tukar diapers siap2 terus selesaikan tawaf. 

ermm apa lagi ye nak cerita pasal baby. nanti kalau ada lagi teringat hakak update post ni kay. 

moga membantu buat sesiapa yang mencari :D

Italy.. Kami datang!!


Assalamualaikum

Kehangatan musim sejuk Italy dah dirasaiii! Winter hangat ke? Kuikui

Semalam, terima sms dr shaklee on detail flight yg bakal menerbangkan kami ke italy november nanti. ( cerita semalam, baru nk update? Maklumla ibu berpantang anak kecik 4org! >_< ) 


Haa best tak best tak? Kalau cakap x best tu mesti jeles kan kan kan. #alaguraupuntakboleh. Hehe

Selang beberapa jam, dapat plak itinerary  sepanjang kat sana. Huii makin tak sabarrr!!

( kasi can hakak show off kejap ye.haha ) 






Excited tu memangla tak dapay disangkal lagi. Maklumla, tak pernah sampai Italy pn kan. Dalam mimpi pun tak pernah!

Dalam keheksaitedan itu,ada sikit rasa hmm bagaimana nak describe ya...

Kerana memandang mata budak comel yg soleh ini 😂😂😂😂


Doakan kami ye, sesiapa yang membaca ini. Moga Allah pelihara kami, memberikan yg terbaik utk kami. Sobss

Dan doakan juga tahun depan hakak berjaya hangkut anak cucu hakak bawak ke Orlando, USA  sekali ye! 

Maceyy

Hakak banyak hutang entry dengan diri sendiri nak mengarang. Doakan setiap saat yang Allah pinjamkan ini hakak manfaatkab sebaiknya okeh! 

Babai










Tuesday, August 25, 2015

Sabun Pencuci Pinggan Highly Recommended

Assalamualaikum

Korang jenis tangan sensitif dgn sabun tak? Nak2 sabun basuh pinggan

Ye la kalau sabun basuh baju tu tak patut sangat sebab mesin basuh yang basuhkan kan? Hehe

Hakak antara yg tergolong tangan yg sensitif ni,kebanyakan sabun basuh tangan yg ada di pasaran, memang membuatkan tangan hakak kering dan kasar selepas membasuh.

Sehinggalah hakak cuba sabun ni. Highly recommended! 

2 ni memang teman akrab kerja2 mencuci di dapur 😍


Antara sebab yang buat hakak makin suka, TIDAK MENGANDUNGI BAHAN BERTOKSID, guna bahan semulajadi. No wonder lembutt pada tangan.

Buih banyak tau. Best! Sebotol tahan lamaa. Picit sikit je setiap lali nk guna


Antara review pengguna 😍


Yg ni paling hakak suka. Biasa warna kt blender susah nk tanggal kan? Nak2 kalau blender kunyit. Memang bercintala.. Dengan Dish Wash ni, walau tak tanggal sepenuhnya lagi warna tu, dh pudar sikit. Lama2 mesti hilang kan warna tu. 😘

Kalau nak cuba jgn segan contact hakak okay? 
>> ani ahmad 0135188860 <<

Tull then babai



Monday, August 24, 2015

Marah itu mudah

Sabar itu indah
Tak sabar, telan la rasa bersalah

Alkisah semalam, amna terpecahkan pasu cenderahati perkahwinan sahabat dunia akhirat hakak,  Alin. 

Mamanya macam biasa, seringkali tewas menahan sabar. Terrrmarahh si anak

Lepas marah, rasa sangat2 teruk 😓😓😓😓😓

Bukan anak itu sengaja. Huhu

Lebih menambahkan rasa bersalah emak, bila amna tulis nota dan lekatkab di meja kerja mama 😭😭😭

Mama minta maaf, anak2 mama. Kerana sering kali tewas menahan diri 😭😭😭




Breakfast like a king


Bangun pagi ni hakak lapar tahap gaban. Ibu menyusu memang cepat lapar dan asyik laparrr je. Hihi

Pagi2 ni nak bertungku, terus makan berat kang tak sesuai plak nak berthngku kan.

Jadi hakak bancuh Esp je la seround. Alas perut yang dah bergendang irama macam2 ^_^


Terliur hokey tgk strawberi tu. aummmmm


Selamat kembali bekerja buat yang bekerja. Jangan blues2 tau.kikiki

Selamat menguruskan rumahtangga buat stay-at-home-mom mahupun work-at-home-mom semua

Till then. Babai :)