Wednesday, December 28, 2011

Ambil Vitamin Merbahaya?

Assalamua'laikum..
baca akhbar Utusan hari ni?
 

Utusan, 28 december 2011
Anda takut lepas baca ni??

saya tak, sebab saya tau apa yang saya ambil dan makan :)
thats why kita  kena makan/ amal/ buat apa2 pun mesti dgn ilmu.. :)

~~YES, supplemen boleh memudaratkan JIKA IANYA VITAMIN SINTETIK

saya ulang, SINTETIK. Jadi pastikan anda tahu vitamin apa yg anda makan, ok? :)

~~macamana nak tau ianya sintetik atau tak?

JOM buat ujian ringkas ini

♥ ambil sebiji vitamin, genggam selama 5 minit, jika ianya MENINGGALKAN WARNA & MELEKIT PADA TAPAK TANGAN ANDA, ianya menunjukkan vitamin itu BUKAN VITAMIN ASLI jadi saya sarankan anda memilih vitamin yang lebih baik.

♥ cek samada ada silika gel atau tak boleh rujuk sini jugak

VITAMIN SINTETIK biasanya mengandungi SILIKA GEL, PEWARNA,PERASA DAN PENGAWET TAMBAHAN, bahan-bahan ini boleh memudaratkan kesihatan kerana tubuh kita hanya perlukan yang asli.
Jadi, anda yang dh amalkan Shaklee, usah gusar ya, shaklee 100% semulajadi, selamat dan berkesan, insha ALlah :)

JOM SIHAT BERSAMA SHAKLEE!

emailkan pertanyaan anda [aniahmad_peace@yahoo.com] atau sms 0135188860 untuk konsultasi percuma bila membuat belian dari blog ini.

Friday, December 16, 2011

Semulajadi vs Sintetik vs Organik

Assalamua'laikum..

biasa dengar vitamin semulajadi, vitamin sintetik, vitamin organik?? sama je ke semua2 ni or ada beza?? check it out!! ;)

ok, secara asasnya vitamin ada 3 jenis macam yang saya sebut tadi- semulajadi-sintetik-organik

Vitamin Sintetik
  • paling murah-komponennya bahan kimia
  • nutrien dihasilkan dalam persekitaran makmal
  • bersumberkan tar arang batu
  • biasanya dijual di farmasi
  • dikenali dari label - dlabelkan huruf 'I' berbanding huruf 'd' bagi semulajadi (rujuk :How to Understand Food Supplement Labels by Dr. Bruce B, Miller)

Vitamin Organik
  • nutrien yang khusus dipencilkan dari satu sumber semulajadi, biasanya menggunakan haba, tekanan yang tinggi atau pelarut kimia yang kuat
  • ia tidak sama dengan vitamin semulajadi disebabkan proses yang dilaluinya
  • semasa pemprosesan, ia melibatkan haba yang berlebihan dan biasanya menggunakan produk petroleum yang menyebabkan kehilangan nutrien.
  • ko-faktor yang ada pada nutrien lesap atau rosak tanpa diganti 

Vitamin Semulajadi
  • dihasilkan dengan pemprosesan yang seminima mungkin & kepekatan nutrien adalah dalam keseimbangan yang menghampiri kepada keadaan ia ditemui dalam alam semulajadi
  • kos menghasilkannya lebih tinggi

  • kebanyakkan syarikat tidak menjual vitamin atau mineral semulajadi. Shaklee satu-satunya yang berbuat demikian (Rujuk: A Consumer Report by Editors Of Research Institute For Preventive Health Care) 

Mengapa Perlu Semulajadi? 
  • Enzim tidak alami perubahan melampau dalam pemprosesan oleh haba yang tinggi dan pelarut kimia yang kuat
  • Tidak menggunakan Pengisi dan Pengikat yang keras yang menghalang penyerapan nutrien
  • penyediaan bahan mentah dari sumber semulajadi yang berkualiti
  • imbangan semulajadi dikekalkan sebaik mungkin
  • semulajadi adalah bio-kedapatan dan disimpan dalam tisu badan lebih lama berbanding sintetik
  • semulajadi lebih mudah ditukarkan oleh badan bagi menjalankan kepelbagaian fungsinya.
Mengapa Perlu Elakkan Sintetik
  • tidak digunakan sepenuhnya oleh tubuh - struktur enzim kita adalah semulajadi bukan makmal
  • percubaan untuk memadankan enzim tubuh kita dengan vitamin sintetik seumpama tangan kanan memakai sarung tangan kiri

Bagaimana mengenali Semulajadi vs Sintetik?
  • melalui pembacaan label - huruf 'I' bagi tiruan dan 'd' bagi semulajadi
  • melalui perkataan "ko-faktor" seperti "bioflavinoids atau biodegradable"
  • melalui kehadiran pad silika gel 

kehadiran silika gel menunjukkan vitamin berkenaan adalah vitamin sintetik
  
Fungsi Silika Gel
ok, mula2 kita kena tahu apa fungsi pad silika gel ini, fungsinya adalah untuk menyerap lembapan yang hadir. perasan tak kalu kita beli handbag kulit yang sintetik punya ada pad silika gel ni (saya perasan,hehee) even kasut pn kadang-kadang ada.. sekarang baru tau fungsi pad silika gel tu adalah utk menyerap lembapan..


Mengapa vitamin sintetik ada silika gel ini?
jawapannya adalah, silika gel ini akan menyerap lembapan yg hadir supaya tindakbalas antara vitamin tadi dgn air (H2O) tidak berlaku..alahh..ala2 proses tindakbalas yg kita belajar dalam subjek kimia dulu2 tuh..  kalu silika pad ni tak de, vitamin tadi akan bertindakbalas dgn air dan menjadi sesuatu yg lain..ye la, vitamin tu kan terhasil dari proses kimia..

moral of d story, lepas ni kalu beli vitamin kt farmasi, tgk dulu ada silika gel ke tak ye.. :)


berminat nk cuba vitamin shaklee?
email [aniahmad_peace@yahoo.com] atau sms 013-5188860 ya!
anda akan mendapat tawaran harga yg cantik,tertarik, kau memang da boom lah! -_^

juga, special gift dan konsultasi percuma bila membuat belian dari blog ini


    Thursday, December 8, 2011

    Dhuha

    Assalamua'laikum

    hari ni saya berbicara sama itu en.gugel pasal solat dhuha..
    sudah laamaa tinggal :( ampunkan daku wahai ALlah..


    Waktu menunaikan solat Dhuha :

    “Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. 

    Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.”


    Masuk waktu solat Dhuha selepas waktu Syuruk kira selepas 28 minit masuk waktu Syuruk. Boleh semak di kalendar atau jadual waktu solat.

    Niat solat dhuha
     




    Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala
     **Samada di tunaikan dengan 2 rakaat, 4 rakaat, 8 rakaat atau 12 rakaat.


    Doa Dhuha













    “Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , KAU turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, KAU keluarkanlah, jika sukar KAU mudahkanlah, jika haram KAU sucikanlah. ,Jika masih jauh KAU dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”



    Kebaikan solat Dhuha :

    Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.

    Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

    Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah.

    Daripada Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,

    “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari   setiap bulan,  sembahyang dhuha 2 rakaat dan  sembahyang witir sebelum tidur” (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

    Rasulullah bersabda yang bermaksud,
    “Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”

    Rasulullah bersabda lagi,

    “Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”
     

    Insya Allah. Semoga anda mendapat manfaatnya.

    Sumber :





    Corat Coret Supermak : Solat dhuha antara amalan pembuka pintu rezeki..tapi niat kena betul, bukan mengharapkan balasan yakni rezeki yang melimpah ruah, tetapi mesti IKHLAS sebagai tanda pengabdian pada Allah..moga niatku betul dan moga2 diriku istiqamah. Ya ALlah, kurniakanlah kepada kami lisan yang lembut dan sentiasa basah dalam mengingati dan menyebut nama-MU..hati yang sentiasa mensyukuri nikmat-MU..serta kurniakanlah kepada kami ya ALlah, badan yang ringan untuk menyempurnakan ketaatan perintah-MU..

    Testi..testi..

    Biarlah hanya gambar berbicara.. ;)


    produk shaklee, semulajadi, selamat, berkesan :)

    gambar ni credit to www.sayamahusihat.com

    testi produk GLA shaklee

    testi Ostematrix shaklee
    testi alfafa shaklee




    cukuplah 5 testimonial dulu ye.. to be continued soon..nnti kita cerita pasal produk lak ye.hehee

    alhamdulillah, raaaamai dah dapat manfaat dari kebaikan produk shaklee.. saya sendiri dah merasainya..anda?

    berminat nak cuba? 
    emailkan kepada saya aniahmad_peace@yahoo.com 
    atau 
    sms 0135188860 
    untuk konsultasi percuma apabila anda membuat belian dari blog ini :)

    Wednesday, December 7, 2011

    t-shirt muslimah

    Assalamua'laikum..

    ok, disamping jual kurma badam dan shaklee, saya pun ada jual t-shirt muslimah. jadi kalau nk beli or jamu2 mata tgk t-shirt muslimah, leh tgk kt sini

    link ni utk baju menyusu/ nursing shirt
    nursing blouse

    link ni utk t-shirt muslimah yang tak menyusu.hehee 

    jemput la jamu-jamu mata ye.. :)


    kalu berminat nk beli, just komen kt bawah gambar atau email kt [aniahmad_peace@yahoo.com] dgn tajuk t-shirt muslimah. bgtau kod ape, saya akan cek stok n reply a.s.a.p ^_^

    errr..berhajat nk letak juga gambar2 t-shirt tu kat sini.nanti la ek. kena uruskan masa betul2.aduss

    Corat Coret Supermak: hajat di hati nak jadi superbisneswoman juga. boleh?hihihii ;)

    Monday, December 5, 2011

    Rumah

    Assalamualaikum w.b.t

    kebelakangan ini saya memang selalu jenguk2 iklan rumah di mudah.my. memanglah berhajat sangat nak beli rumah sendiri. even tak berhajat nak duduk kt sini sampai pencen pun. eh?

    ye la, sewa kat paka ni dah la mahal, rasa rugi je bayar sewa kat org gitu je..baikla bayar untuk rumah sendiri je kan? 

    tapi tak dela bersungguh2 benor nak beli..just tgk gitu2 aje..sampaila 2malam lepas, tuan rumah yang kami menyewa sekarang datang umah, slow talk yang beliau dan keluarga berhajat nak duduk di rumah ini. alamak! memang kena cari rumah lain lah. area paka/kerteh ni dah la susah nak cari rumah sewa..agak menggelabah + stress la jugak. 

    bila balik je tuan umah tu, terus buka mudah.my balik. cari-cari ada la 4-5 iklan yang shorlisted.  kol tuan punya nombor, 3 out of 5 yg shorlisted tu rumahnya sudah terjual. fine! tinggal 2 lagi rumah. yang satu rumah teres 75k, yang satu lagi umah 2 tingkat 170k. set appoiment nak tengok umah. then kami buat keputusan utk proceed dgn umah yang kedua.

    sekarang menunggu dengan penuh saaabarnya proses pindahmilik dan pinjaman. tak sabar nak masuk umah sendiri! Ya Allah, kau permudahkan lah segala urusan pembelian dan pindahmilik ini.ameen
    ini bukan rumah yang saya nak beli tu ^_^


    Sunday, December 4, 2011

    SET MENYUSU SHAKLEE

    Assalamua'laikum..

    Ok meh sambung citer entry yg lepas.. oleh kerana terdesak sangat maka saya try aje apa yang dirasakan boleh membantu banyakkan susu..u named it, dari jantung pisang, bendi, periya, sawi, lobak putih, kurma, habbatussauda', dan macam-macam lagi. alhamdulillah tak tau la yg mana yg berkesan sebab tak try satu2, main maaakan je..semuanya membuahkan hasil. tak cukup dengan itu, saya try ESP dan set utk ibu menyusu dari shaklee 

    Energizing Soy Protein



     ESP ni produk yang mula-mula daku amik. sebenarnya amik sebelum kejadian susu rosak tu lagi. rujuk entry terdahulu

    Beli sebab customer kurma badam daku promote. malu alah beli je la..leh gak try.mula2 minum macam tak leh terima rasa dia. lama-lama macam sedap lak. nak2 makan dengan kurma badam pojaan daku itu.wallah!

    memang tak dinafikan ESP ni sedikit sebanyak membantu jugak la dalam perjalanan penyusuan daku ini. bezanya sebelum amik Esp ni, umar kerap gak berjaya malam utk nyusu,hampir setiap jam. stress jugak la..nak2 masih dalam pantang, badan pn tak pulih betul lagi n cepat penat. Lepas amik tu Umar nampak macam cepat kenyang, kejap je nyusu, dah lepaskan. malam lak jaga 2-3 kali je untuk nyusu. ini pengalaman saya la..tak pasti lak org lain?? nak tau cuba sendiri je la..ekekee..

    lepas kejadian susu rosak tu, saya try set ni pula

    set utk ibu menyusu dari geng Euphoria Shaklee
    daku beli set ni, tapi set percubaan je la..utk 30hari..saje nk cuba try test.. :)
    2minggu pertama tak rasa apa2 pn, cuma kena selsema yang bila hilang je, kena balik, asal baik je dia datang balik, baik je datang balik. i wonder why? tapi buat tak tahu..teruskan aje alang2 dh beli kan..

    masuk minggu ke 3 baru nampak sedikit perubahan. dari hasil perahan around 2-3 oz per sesi, dh leh dapat sampai 4-5 oz per sesi. kadang2 up sampai 7oz! terujanya daku! alhamdulillah.. rezeki my little umar :)

    dari mula2 masuk keja, pam hari ini untuk esok selama almost 2minggu. slowly dh boleh buat stok hingga penuh peti. Sesungguhnya segala puja dan puji itu hanya utk ALlah.. :)

    anda nak cuba? 

    emailkan pertanyaan anda ke [aniahmad_peace@yahoo.com] atau
    sms onlyke 0135188860
    dijamin harga yang cantik,tertarik kau memang da booooom lah! bersama konsultasi percuma ^_^


    Aku dan SHAKLEE

    Assalamua'laikum..

    korang kenal shaklee? saya kenal shaklee sejak join KIM. ala..Kumpulan ibu2 menyusu kt facebook tuuuu.. saya join KIM sejak amna baru beberapa bulan. jumpa KIM ni masa dok cari pasal susu ibu since amna tak nyusu :'( (nyesal tak sudah..ampunkan aku ya Allah!)
     
    berbalik pada tajuk, masa tu just 'kenal' shaklee..tak amik port sangat..yg tau shaklee ni sejenis supplement la..pastu masa ngandungkan umar, kawan sekolah lama dulu (kak erni) ada promo pasal shaklee, tanya la jugak kt dia sebab shaklee pn ada jual set utk preggy mom. tp harganya boleh tahan juga la..dalam hati 'mak ai mahalnya..' then saya abaikan macam tu je..

    hari berganti hari..sampai la melahirkan umar, dalam pantang, menyusukan umar..mula buat stok ebm sebagai persediaan nak hantar umar ke nursery..

    stok susu umar pada tarikh 19 ogos 2011

    hasil gigih buat stok even tak laa hari-hari memerah masa dalam pantang. alhamdulillah :)
    tapi..

    ni stok sebelum balik cuti raya..korang nak tau apa jadi dengan semua stok ni?


    ibarat mimpi ngeri, sebaik pulang dari cuti raya sakan (lebih kurang 2minggu) semua stok susu ini ROSAK!! kenapa?sebab blackout. rumah sewa saya ni memang ada masalah sikit. kadang2 hujan sikit pn letrik dah 'jentat' bak kata org kedah.

    2-3 hari sebelum balik, saya ada tanya jiran, nampak lampu dapur nyala tak?dia cakap dh 2,3 hari tak nampak lampu dapur nyala. dalam hati dah risau, mesti letrik tendang ni..habisla susu umar.. :(

    sesampainya kt umah terus terpa ke peti sejuk tgk susu umar..memang menangis sesungguh2nya kat situ jugak! :'(((((

    dengan tempoh berbaki 2hari je lagi nak masuk kerja, saya bersungguh2 pam. semua petua saya try, semua makanan yg org cakap byk susu saya makan termasukla shaklee..

    begitula al-kisahnya bagaimana saya kenal shaklee :) alhamdulillah, di sebalik musibah ada hikmahnya.mungkin Allah nak saya kenal shaklee..org cakap tak kenal maka tak cinta, dah kenal bertimpa-timpa jatuh cinta.ekekekeee..

    yes, i'm in love with shaklee!!

    kenapa, bagaimana dan mengapa???stay tune!! nanti sambung balik ;)