Assalamua'laikum..
bangun dari tido pagi2 ni, hati saya terusik melihat si kakak yang sedang menonton babytv sendirian di ruang tamu rumah. oh kakak! mama tidak sedar kamu sudah besar..
rasa seakan mahu menangis melihat dia sendirian begitu. sudah pandai bawa diri sendiri sejak ada adik..
selepas sahur dan solat subuh pagi tadi, saya baring balik sebab adiknya nak menyusu..dia dh bangun semasa saya sedang solat sebab adiknya menangis..bangun pujuk adik..'adik..awat..sat naaa..mama allluakbar sat..'
lepas saya baring dia keluar bilik dgn abahnya.dalam hati dok igt dia dok dgn abah la sebab baru pukul 7.30pg.. rupa2nya abah dh pi keja..
nampak ja saya keluar dari bilik, saya dihadiahkan dengan senyuman ceria memanggil 'mamaaaa..' oh sungguh hati ini terusik wahai anak!
pagi2 lagi dh rasa nak menangis..huhuu..dh besar anak mama!
|
kakak di malam ulangtahun kelahiran bersama kek hadiah dari pak long :) |